Posts

Showing posts with the label Keirin

[Video] Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda

Image
[Video] Mohd Azizulhasni juara keirin Asia, ulangi pencapaian emas berganda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165914 Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, berjaya mengulangi pencapaian emas berganda Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 15 tahun lalu, apabila cemerlang meraih gelaran keirin lelaki dengan menidakkan cabaran getir tiga pelumba Jepun, hari ini 18 Jun 2023. Kejayaan di Velodrom Nasional di sini, turut membantu beliau mencipta legasi sendiri untuk meraih pingat emas ke-12 di ACC, selain menamatkan penantian lapan tahun beliau untuk kembali bergelar ‘Raja Keirin Asia’, selepas edisi 2015 di Nakhon Ratchasima, Thailand. Mohd Azizulhasni yang dikenali sebagai The Pocket Rocketman, meraih pingat emas ke-11 ACC pada Jumaat lepas, selepas ungguli acara pecut buat kali ketujuh, selepas kejayaan pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020. Beliau turut pernah mencipta sensasi apabila meraih emas bagi kedua-dua acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara,