Posts

Showing posts with the label Stadium

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

Image
[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160862 JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku mengakibatkan 129 orang terkorban. Dalam catatan Instagramnya, Encik Mahfud berkata sebanyak 42,000 tiket dijual bagi stadium yang boleh menampung hanya 38,000 penonton. Suasana panik tercetus selepas pihak polis melepaskan gas pemedih mata untuk meleraikan pergaduhan yang berlaku menyusuli perlawanan bola sepak di Stadium Kanjuruhan di Malang, Jawa Timur, menyebabkan ramai orang berasak-asak cuba melarikan diri. Kebanyakan mangsa terpijak sampai mati, menurut polis hari ini (2 Okt). Para penyokong dari kedua-dua kelab bola sepak dilaporkan bergaduh di dalam stadium selepas Persebaya Surabaya mengalahkan Arema Malang 3-2 dalam perlawanan BRI Liga 1. https://www.instagram.co

[Video] Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera

Image
[Video] Stadium bola runtuh di Kerala, lebih 60 dilapor cedera Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157417 - LEBIH 60 orang cedera selepas stadium bola sepak sementara runtuh dalam satu kejadian di utara Kerala, India, malam kelmarin. Memetik laporan TribuneIndia.com, pihak polis berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung bernama Poongodu yang sememangnya gila bola sepak. Kejadian berlaku semasa perlawanan tujuh sebelah sedang belangsung. Kesemua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan, dan tiada yang dilaporkan mengalami kecederaan serius. Polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam ketika perlawanan akhir antara dua pasukan tempatan sedang berlangsung. “Mereka yang cedera telah dimasukkan ke hospital berdekatan,” kata polis. Lebih 2,000 penonton dilaporkan berada di stadium sementara itu ketika ia runtuh.