Posts

Showing posts with the label MSM

Harga MSM diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025

Image
Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan kekal tinggi pada separuh pertama 2025, dengan dagangan antara RM4,400 hingga RM4,800 satu tan, sebelum sederhana pada separuh kedua kepada antara RM4,000 hingga RM4,400 satu tan ketika kemuncak musim. RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) berkata unjuran itu disokong oleh gabungan faktor iaitu paras pengeluaran dan stok yang rendah di Indonesia tahun lepas, peningkatan mandat biodiesel di Indonesia tahun ini, serta bekalan minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi yang terhad pada 2025. “Ini akan menyebabkan kekurangan minyak dan lelemak global yang lebih ketara tahun ini seterusnya menyebabkan harga minyak sayuran menjadi lebih tinggi, dengan nisbah stok berbanding penggunaan bagi 17 minyak dan lelemak susut kepada paras terendah dalam tempoh 15 tahun iaitu 12.6 peratus pada 2025,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini. Bagaimanapun, risiko negatif yang utama meliputi ketegangan geopolitik yang berterusan, perubahan ketara harga minyak m...

Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia

Image
  Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia [Sumber: ] Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).  Ia menjelaskan, peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Jan, 2022, telah melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Feb, berbanding RM1,132 satu tan pada 27 Jan.  “Sejak pengumuman dasar baharu Indonesia itu, niaga hadapan MSM (FCPO) satu bulan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat 1.8 peratus minggu ke minggu (WoW) kepada RM5,714 satu tan pada 3 Feb dan mencatatkan harga tertingginya RM5,803 satu tan pada 28 Jan berikutan kebimbangan terhadap kekurangan ketersediaan minyak sawit dalam pasaran eksport.  “Walaupun harga MSM meningkat di Malaysia, harga MSM domestik di Indonesia turun 2.8 pera...