Posts

Showing posts with the label Tomboy

Inkues Zara Qairina: ‘Kak M’ membuli pada Mei, ‘Tomboy’ berada di Perlis ketika kejadian - Ketua warden

Image
Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa pada awalnya pihak sekolah tidak mengetahui mengenai ayat ‘kalau aku touch-touch, kau berdarah’ yang didakwa disebut oleh ‘Kak M’ terhadap Zara Qairina Mahathir. Azhari Abd Sagap, 31, berkata pihaknya hanya mengetahui perkara itu selepas audio perbualan Zara Qairina dan ibunya Noraidah Lamat tular di media sosial selepas insiden 16 Julai lepas. "Kami tidak menerima sebarang laporan. Tiada aduan atau laporan daripada Zara, ibu Zara, A atau ibu A. "Kenapa ibu Zara tidak lapor kepada sekolah? Itu soalan saya. Saya pasti akan beri perhatian. Kenapa tiada aduan? Tidak daripada Zara, atau ibunya, tiada langsung," katanya. Rakaman audio yang disiarkan pada Ogos disahkan oleh ibu Zara Qairina Noraidah Lamat, menyebut "Kak M" yang didakwa mengganggu Zara Qairina yang "masih ada masalah" dengannya dan belum "maafkannya". “Pihak s...

[VIDEO] Ibu kandung & ‘tomboy’ mengaku tak bersalah aniaya kanak-kanak

Image
[VIDEO] Ibu kandung & ‘tomboy’ mengaku tak bersalah aniaya kanak-kanak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166696 JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya yang juga wanita berperwatakan lelaki, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menganiaya dan mengabaikan anak kandungnya, sejak bulan lalu. Tertuduh, Nurul Asyiqin Mohamad Zahir, 27, dan rakannya, Awiin Chua, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fatimah Zahari. Kedua-dua tertuduh yang tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi diiringi anggota polis, dilihat sentiasa mengalirkan air mata sehingga prosiding selesai. Turut hadir ke mahkamah dan berada di galeri awam adalah abang kepada Nurul Asyiqin dan abang kepada Awiin yang datang dari Singapura. Bagi pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama menganiaya seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang di bawah ...