Posts

Showing posts with the label Banting

[VIDEO] Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai

Image
[VIDEO] Pantai Morib ditutup kepada orang ramai, peniaga sehingga 2 Julai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165838 Kawasan rekreasi di Pantai Morib, Banting ditutup kepada orang awam dan peniaga  sehingga 2 Julai  depan untuk tujuan pemotongan pokok-pokok yang tumbang serta pembersihan kawasan ekoran hujan lebat dan angin kencang semalam.  Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerusi kenyataan di Facebooknya berkata persetujuan untuk menutup kawasan pantai itu dibuat hasil perbincangan dan rangka kerja pembersihan dan pembaikan kerosakan oleh pihak pengurusan tertinggi majlis itu.  MPKL berkata kerja-kerja pengalihan pokok bagi membersihkan laluan awam telah giat dilaksanakan Skuad Pantas MPKL bersama bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kerja Raya dan polis sejak petang semalam. 

[VIDEO] Myvi terbalik dilanggar ketika masuk simpang

Image
[VIDEO] Myvi terbalik dilanggar ketika masuk simpang Selanjutnya di: https://pakdin.my/160353 KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki memandu secara melulu memasuki simpang menyebabkan sebuah kereta lain jenis Perodua Myvi terbalik di Jalan Pusara, Kampung Sawah, Banting di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang itu, kedua-dua pemandu berusia 29 dan 30 tahun hanya mengalami cedera ringan. Insiden itu tular menerusi video berdurasi 30 saat yang dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain yang melalui lokasi tersebut. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Toyota Vios dalam perjalanan ke Kampung Sungai Buaya dari Pulau Carey. Katanya, kereta itu didapati memotong beberapa kenderaan dengan mempunyai simpang kanan di hadapannya. https://www.instagram.com/tv/CgwdPXhgRUv/?utm_source=ig_web_copy_link “Sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang he