Posts

Showing posts with the label Shahril Hamdan

Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks

Image
Tidak Aneh Jika Ada Yang Percaya Kesahihan Pasleaks  Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158285   .. SATU demi satu pimpinan Perikatan Nasional (PN) menggambarkan bahawa tidak wajar atau tidak logik untuk sesiapa melayan kemungkinan bahawa dokumen Pasleaks adalah sahih dan benar. Ramai yang namakan ia dokumen sampah. Ada juga yang menggelar sesiapa yang melayan isu ini sebagai “loyar buruk”. Seolah-olah kalau percaya maka orangnya tak waras. Sedangkan tiada yang aneh dan mengejutkan jika ramai dalam kalangan UMNO yang tertanya. Kerana apa yang digambarkan melalui perbincangan-perbincangan yang didakwa berlaku dalam ‘Pasleaks’ itu seakan konsisten dengan pelbagai tindakan terhadap UMNO selama ini. CUBA CAMPURTANGAN DALAM UMNO. Cuba mengajar dan mengarah UMNO apa yang ia perlu buat, dengan siapa ia mesti bekerjasama dengan siapa ia tak boleh bekerjasama. Cuba pecah-belahkan UMNO dengan adu domba. Ini semua sudah berlangsung lama dan nyata dalam tindakan dan kenyataan pimpina...

#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah

Image
#PRNJohor: Wan Saiful perlu berhenti jadi ejen pemecah belah [Sumber: https://pakdin.my/?p=154251 ] Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Wan Saiful Wan Jan diminta untuk berhenti menyemai benih kebencian dan menjadi ejen pemecah belah antara parti beliau dan UMNO. Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, Wan Saiful disarankan untuk menumpukan tenaga ke arah menjual tawaran parti PPBM sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bakal diadakan tidak lama lagi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Wan Saiful bahawa kumpulan yang mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ialah PPBM, bukannya UMNO. “Ini bukan kenyataan pertama beliau menyerang UMNO, tetapi sudah berkali-kali. Kenyataan balas saya beberapa minggu lepas jelas membuktikan sekali lagi, Bersatu sudah mula kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri, kenyataan begini hanya dibuat kerana PRN Johor makin dekat. “Pertama, UMNO dan Barisan Nasional (BN) ber...