Posts

Showing posts with the label Bekwoh

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

Image
[VIDEO] Ribut  terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160418 TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan itu menimbulkan suasana cemas dalam kalangan pengunjung serta peserta program terbabit, dengan beberapa khemah turut diterbangkan angin, selain satu khemah bersaiz besar turut ranap. Ribut yang berlaku kira-kira jam 7:00 malam itu turut menyebabkan pengunjung lari mencari kawasan perlindungan selamat bagi mengelak sebarang kecederaan. Difahamkan, persembahan dikir barat yang menjadi acara kemuncak program di Pantai Geting itu juga terpaksa dibatalkan, malah beberapa hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal yang sepatutnya diumumkan malam ini turut tergendala. Seorang peniaga air, Wan Sapiah Wan Yusoff, 43, berkata selepas menyedari cuaca tiba-tiba berubah menjadi kelam dan mendung seolah-olah hendak h