Posts

Showing posts with the label Bekas Ahli

UMNO Belum Terima Permohonan Bekas Ahli - Ahmad Zahid

Image
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sekiranya terdapat permohonan, perkara berkenaan akan dibentangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan datang. “Setakat ini, tidak ada permohonan (daripada bekas ahli UMNO). Kita akan bawa kalau ada permohonan, (ia) akan dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan dan akan dibentangkan di Majlis Kerja Tertinggi jika ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat bekas ahli UMNO mengemukakan permohonan bagi menyertai semula parti itu. Ditanya mengenai bila mesyuarat akan diadakan, Ahmad Zahid berkata ia dijangka pada Januari tahun depan atau bulan berikutnya. Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 25 Nov lepas, menarik balik penggantungan keahlian be...

#PRNJohor: ‘Boleh kembali kepada Umno tapi tanpa keistimewaan’, Zahid beritahu bekas ahli

Image
  #PRNJohor: ‘Boleh kembali kepada Umno tapi tanpa keistimewaan’, Zahid beritahu bekas ahli [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154358 ] Umno sedia menerima ahli atau pemimpin yang meninggalkan parti itu untuk kembali semula ke pangkuannya namun bersyarat. Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata, pintu Umno sentiasa terbuka kepada semua, namun seandainya ada pemimpin atau ahli mahu kembali, mereka perlu melalui proses seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. “Kami (Umno) tidak mengira umur atau asal-usul, jadi andainya ada antara mereka yang meninggalkan Umno dan berhasrat kembali, kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan. “Mereka hanya diterima sebagai ahli biasa. Tanpa syarat, keistimewaan atau kelebihan. Ingat, Umno adalah gerakan menabur bakti dan kebaikan,” katanya di Facebook. Terdapat ura-ura beberapa pemimpin kanan Bersatu akan kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN). Sebelum ini, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan DUN ...