Posts

Showing posts with the label Rompakan

[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem

Image
[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem [Sumber: https://pakdin.my/?p=154871 ] PORT DICKSON: Seperti dalam filem. Itu aksi kes rompakan barangan kemas oleh sekumpulan perompak sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabas dan kemudian terbalik ketika dikejar mangsa. Namun semua suspek berjaya melarikan diri dengan kenderaan lain milik rakan mereka. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lukut, dekat sini, kira-kira jam 10.15 pagi tadi, suspek melarikan tiga beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri. "Mangsa berusia 50 tahun yang juga pemilik kedai emas di bandar Port Dickson, menaiki kereta Toyota Camry mendakwa, semasa berhenti di stesen minyak Shell menghala Lukut, dia diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan menaiki dua kenderaan. "Suspek dikatakan menghalang kereta mangsa dari arah hadapan dan belakan