Posts

Showing posts with the label Kelantan

PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Image
PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos . Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan. “Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“ Bagi maksud menjalankan PRN, SPR te...

PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan

Image
PRN: Berkempen secara matang - Mufti Kelantan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166208 Masyarakat Kelantan, khususnya umat Islam diingatkan agar bersikap lebih dewasa dan matang terutamanya dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata sikap sedemikian bakal mencerminkan peribadi seseorang sekali gus mengelakkan tercetusnya perbalahan dan perpecahan sesama sendiri. “Kita telah menempuh beberapa kali pilihan raya, sepatutnya perkara ini mendewasakan kita.  “Oleh itu, berkempenlah secara matang dan dewasa dan tidak menimbulkan sebarang provokasi. Kalau timbul perbalahan mahupun perpecahan antara masyarakat itu tandanya masih kebudak-budakan,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Arafah #QuranHour di Masjid Sultan Muhammad II, di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) Marhaini Yusoff. Moha...
Image
Kadar pengangguran Kelantan tinggi, catat 4.1 peratus pada Februari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164005 Kadar pengangguran di Kelantan tinggi apabila merekodkan 4.1 peratus pada Februari lepas, kata Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob. Beliau berkata berdasarkan data yang diperoleh daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) itu, kadar pengangguran di negeri itu adalah tinggi berbanding kadar pengangguran negara iaitu 3.6 peratus. Menurut Nora, memilih kerja antara faktor dikenal pasti menyebabkan kadar pengangguran di Kelantan tinggi. “Masih terdapat rakyat di negeri ini yang memilih kerja, tidak mahu keluar dari Kelantan dan mahu kerja di negeri sendiri. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/KkC07TpEpSQ “Selain itu, kebanyakan rakyat negeri ini bekerja sendiri dan tidak formal. Faktor ini menyebabkan kadar pengangguran tinggi iaitu 4.6 peratus pada Disember tahun lepas, Januari (4.4 peratus) dan Februari (4.1 peratus),” katanya. Beliau berkata demikian p...

[VIDEO] Kronologi wanita maut pisau tertusuk leher hari ke-36 pantang

Image
[VIDEO] Kronologi wanita maut pisau tertusuk leher hari ke-36 pantang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163441 BAHARU sahaja melahirkan anak keempat, ibu berusia 35 tahun ditemui maut dalam keadaan yang menyayat hati. Siapa sangka hanya selepas berbual dengan suami tercinta yang berada di Kedah, wanita itu pergi buat selama-lamanya pada hari ke-36 berpantang di rumah keluarga di Beris Panchor, Bachok, Kelantan. Luluh hati ibu yang menjadi saksi kejadian, Zuraizah Mat, 58 yang sempat menemui anaknya dalam keadaan bernyawa berkongsi kronologi kejadian: 1-Sebelum kejadian berlaku kira-kira pada jam 6 petang anak perempuannya berada di ruang tamu sebelum menyerahkan bayinya untuk bercakap di telefon dengan suami yang berada di Kedah. 2-Mangsa kemudian masuk ke dalam bilik dan sempat berpesan supaya menjaga bayinya. 3-Kemudian Zuraizah meminta anak bongsu mengintai mangsa yang berada di dalam bilik tersebut menggunakan tangga kerana bimbangkan keselamatannya. 4-Mereka juga cuba pecahkan...

Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam

Image
Ceramah di media sosial tarik Siti Hawa peluk Islam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162815 Persepsi buruk terhadap Islam membuatkan seorang wanita Orang Asli keturunan Temiar ingin mengetahui kebenaran perkara tersebut dengan menonton ceramah-ceramah mengenai Islam di media sosial. Bagaimanapun, selepas menonton beberapa ceramah daripada penceramah bebas, hati Siti Hawa, 19, kata-kata indah penceramah berkenaan mengenai Islam menjentik pintu hatinya. "Saya tidak kenal mereka tetapi setiap kali muncul di media sosial, saya akan melihat dan menghayatinya," katanya ketika ditemui di Pondok Pengajian Islam (PPI) di Kok Lanas di sini pada Jumaat. PPI menempatkan anak-anak Orang Asli yang mendalami ilmu asas agama Islam. Siti Hawa berkata, kini antara pendakwah bebas yang diminatinya ialah Ebit Lew dan Prof Dr Abdul Somad Batubara. Menurut Siti Hawa, niatnya untuk memeluk Islam semakin kuat apabila dia bermimpi dibelit dan dipatuk ular besar. Tidak puas hati dengan mimpi yang...

[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam

Image
[VIDEO] APMM Kelantan tahan bot bersama 13 nelayan Vietnam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162356/?amp=1 PASIR PUTEH -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot tunda dan 13 kru nelayan warga Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, Khamis lepas. Pengarahnya Kapten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata nelayan yang berumur antara 18 hingga 53 tahun dan bot berkenaan ditahan di kedudukan 125 batu nautika dari pantai Tok Bali pada 9.41 pagi 9 Februari 2023 selepas dikejar hampir dua jam. "Sebelum ditahan, mereka bertindak secara agresif dengan melakukan provokasi termasuk membuang tali dan pukat bagi menghalang Kapal Maritim (KM) Amanah mendekati bot mereka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Tok Bali, di sini hari ini. Beliau berkata selain itu nelayan terbabit turut mencurahkan minyak diesel di atas lantai bot bagi tujuan menghalang anggota penguat kuasa menaiki bot mereka. Menurutnya bagaimana...

[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000

Image
[VIDEO] Kastam Kelantan rampas mercun, bunga api bernilai lebih RM35,000 BACA seterusnya di https://pakdin.my/16168 PASIR MAS - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api seberat 2,159 kilogram (kg) yang disyaki diseludup dari negara jiran di Kampung Padang Pakt Amat, Pasir Puteh, 9 Disember 2023. Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, berkata bertindak atas maklumat awam dan pemantauan rapi, pasukan operasi daripada Bahagian Penguatkuasaan Rantau Panjang menahan sebuah lori muatan tiga tan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam serbuan jam 9.50 malam itu. Bagaimanapun, katanya, pemandu lori dan kenderaan pacuan empat roda itu melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa. Katanya, rampasan mercun dan bunga api bernilai RM35,631.75 itu dipercayai untuk dihantar ke Lembah Klang untuk sempena sambutan Tahun Baharu Cina. “Siasatan masih terus dijalankan bagi mengesan pemilik lori dan pacuan empat roda yang telah diram...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

Image
[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160727/ KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini kelmarin. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan mendapati, suami kepada mangsa yang diculik berusia 36 tahun itu disyaki berselisih faham dengan ahli sebuah sindiket pengedaran dadah sama yang disertai lelaki itu. Menurutnya, keadaan tersebut dipercayai menjadi punca utama kepada penculikan mangsa yang kini dipercayai berada dalam keadaan selamat di Thailand. “Polis telah menjalankan operasi dalam kes itu sebelum menahan tiga suspek termasuk suami mangsa dan seorang wanita semasa mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat semalam. “Siasatan mendapati, suami mangsa yang berusia 36 tahun bekerja seba...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Image
[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160476/ Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di Kelantan, meninggal dunia akibat pendarahan otak semalam (Sabtu, 13 Ogos 2022). Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat. "Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi semalam (Sabtu), namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di Kota Bharu, hari ini. ...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

Image
[VIDEO] Ribut  terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160418 TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan itu menimbulkan suasana cemas dalam kalangan pengunjung serta peserta program terbabit, dengan beberapa khemah turut diterbangkan angin, selain satu khemah bersaiz besar turut ranap. Ribut yang berlaku kira-kira jam 7:00 malam itu turut menyebabkan pengunjung lari mencari kawasan perlindungan selamat bagi mengelak sebarang kecederaan. Difahamkan, persembahan dikir barat yang menjadi acara kemuncak program di Pantai Geting itu juga terpaksa dibatalkan, malah beberapa hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal yang sepatutnya diumumkan malam ini turut tergendala. Seorang peniaga air, Wan Sapiah Wan Yusoff, 43, berkata selepas menyedari cuaca tiba-tiba berubah menjadi kelam dan mendung seolah-olah hend...

[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu

Image
[VIDEO] Lemas semasa berkelah bersama tiga sepupu Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160250/ JELI – Kegembiraan seorang lelaki berkelah bersama tiga sepupunya di Lata Renyut di sini hari ini berakhir dengan tragedi apabila dia tergelincir ke dalam sungai sebelum lemas. Difahamkan, mangsa, Izham Mohamad Saupi, 24, dari Kampung Baru Lubok Stol, Rantau Panjang mahu naik ke darat selepas mandi, namun tergelincir sebelum dihanyutkan arus sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd. Adni Ibrahim ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 12.10 tengah hari. Menurutnya, semasa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, mangsa telah dibawa naik ke darat oleh orang awam. “Petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. “Mayat diserahkan kepada polis sebelum hantar ke Hospital Jeli untuk dibedah siasat,” katanya.

Minyak masak peket ‘kering’ di Malaysia tapi ‘melimpah’ di Golok

Image
Minyak masak peket ‘kering’ di Malaysia tapi ‘melimpah’ di Golok Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159565 Hampir semua kedai runcit di Pasar Sungai Golok menjual minyak masak paket bersubsidi dari Malaysia, selain barang kawalan lain seperti tepung gandum dan gula. Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai “Esen” berkata, dia menjual semua barangan bersubsidi dari Malaysia, termasuk minyak petrol dan diesel. Dia turut mendakwa, penjualan dan penyeludupan barang kawalan dari Malaysia bukan perkara pelik dan sudah sudah lama berlaku. Ketika rakyat merungut tentang kekurangan bekalan minyak masak peket, barang bersubsidi itu dikatakan ‘melimpah’ di Thailand, malah dilonggok di kedai untuk menarik pelanggan. Tinjauan mendapati hampir semua kedai runcit di Pasar Sungai Golok dan kawasan sekitar menjual minyak masak paket bersubsidi dari Malaysia, selain beberapa barang kawalan lain seperti tepung gandum dan gula. Seorang peniaga runcit yang hanya mahu dikenali sebagai “Ting” berk...

Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki

Image
Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159332   Mangsa memberitahu keluarga berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki. Mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar. Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. TUMPAT: Remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, di sini, malam semalam. Kejadian berlaku selepas pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu itu keluar rumah dengan alasan untuk makan bersama rakan. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pada jam 9 malam, mangsa meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar dan selepas...

Lelaki pukul jiran sehingga maut direman

Image
Lelaki pukul jiran sehingga maut direman Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159309   Lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kejadian pergaduhan itu berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan suspek. Kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati kerana mangsa menanam pokok di laluan jalan. KOTA BHARU: Suspek lelaki yang memukul jirannya menggunakan sebatang kayu sehingga menyebabkan kematian di Jalan Kelochor, di sini, semalam direman enam hari bagi membantu siasatan bermula hari ini. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata lelaki berusia 60-an itu direman sehingga Selasa depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Media semalam melaporkan, seorang warga emas Hor Keng Wah, 69, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas dipukul oleh jirannya menggunakan sebatang kayu. Hasil siasatan awal dipercayai, kejadian pergaduhan itu berpunca daripada pe...

(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak

Image
(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak Selanjutnya di:   https://pakdin.my/159197 PASIR MAS: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam. Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan. Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu. “Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. “Semakan awal mendapati kereta tersebut ...

[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar

Image
[Video] Masjid Mahmoodi di Bachok Terbakar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159176   Masjid Mahmoodi yang terletak berhampiran Pantai Irama di Bachok Kelantan mengalami kebakaran. Menurut sumber dari orang awam kejadian berlaku sejurus jemaah selesai solah Isyak berjemaah di masjid tersebut. Ketika kejadian masih terdapat ramai jemaah yang masih berada di masjid, namun kesemua jemaah berjaya keluar dari masjid dengan selamat. Pasukan Bomba dan Penyelamat dilihat sudah tiba di lokasi kejadian untuk kerja kerja memadam dan mengawal kebakaran yang berlaku. Difahamkan kebakaran berpunca dari bilik Bilal melaungkan azan dipercayai berkemungkinan akibat litar pintas. Namun begitu punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan. Berita mengenai kebakaran tersebut disebarkan oleh orang ramai melalui whatsapp dan turut dikongsikan di media sosial yang lain. Masjid Mahmoodi merupakan sebuah masjid yang terletak di daerah Perupok di pinggir ba...

[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Image
[Video] Terkejut gajah depan mata di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Sumber:  https://pakdin.my/157645 = GUA MUSANG - Tular pada Sabtu satu video pengguna jalan Gua Musang-Kuala Krai berhampiran Kampung Paloh di sini terkejut dengan kelibat seekor gajah melintas di laluan berkenaan. Video berdurasi 22 saat mengenai kejadian itu yang dimuat naik oleh ISKK TV menunjukkan seekor gajah sedang melintasi laluan berkenaan dan sudah ditonton oleh 20,000 pengguna laman sosial berkenaan selain dikongsi sebanyak 101 kali oleh pengguna Facebook. Difahamkan kejadian berkenaan merupakan kali pertama pengguna laluan itu melihat gajah melalui jalan tersebut. Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani ketika dihubungi pada Ahad berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian itu. "Nasihat saya jika terserempak dengan haiwan itu jangan panik dan elakkan menekan hon. "Hal ini bagi mengelakkan h...

[Video] Penduduk bimbang paras Sungai Golok meningkat

Image
[Video] Penduduk bimbang paras Sungai Golok meningkat [  https://pakdin.my/155290  ] Penduduk di tebing Sungai Golok mula bimbang apabila paras air mula menunjukkan peningkatan selain hujan tanpa henti sejak malam tadi. Tinjauan di beberapa penempatan rendah seperti Kampung Tersang, Kampung Gual To'Deh dan Kampung Lubok Gong, di sini, mendapati kebanyakan sungai mula melimpah namun hanya beberapa rumah mula digenangi air separas 0.3 meter. Penduduk, Nashran Nasuha, 26, mengakui tidurnya terganggu malam tadi, susulan hujan 'luar biasa' lebat yang boleh membawa kepada banjir, tambahan pula kediamanya yang terletak hanya beberapa meter dari Sungai Golok. "Saya ingatkan musim tengkujuh sudah berlalu kerana agak lama kita mengalami cuaca panas, namun kini bertukar hujan semula. Jika diikutkan hujan lebat baru bermula malam tadi, tetapi paras air sungai dilihat naik dengan mendadak. "Bagaimanapun, saya berdoa semoga hujan tidak berlarutan kerana penat mengemas rumah yan...

Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat

Image
Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat [Sumber: https://pakdin.my/?p=154912] KOTA BHARU: Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan sejak dua minggu lalu menyebabkan penggunaan unit rawatan rapi (ICU), katil hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata penggunaan ICU untuk pesakit COVID-19 adalah 47 peratus, diikuti katil hospital bukan kritikal adalah 84 peratus dan PKRC sebanyak 63 peratus. Katanya, peningkatan ini disebabkan ada kes individu yang positif COVID-19 dalam kategori 3, 4 dan 5. "Namun, kes bagi ketiga-tiga kategori itu tidak membimbangkan kerana kebanyakan kes yang positif COVID-19 harian adalah dalam kategori 1 dan 2. "Kebanyakan pesakit juga hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan kepada individu yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dr Zaini berk...

Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih

Image
Pembantu klinik haiwan didakwa rogol bekas kekasih [Sumber: https://pakdin.my/?p=154750 ] KOTA BHARU - Seorang pembantu klinik haiwan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas dakwaan merogol bekas kekasih bawah umur pada tujuh tahun lalu. Tertuduh, Mohd Farit Mohd Noor, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang gadis berusia 16 tahun 11 bulan di sebuah rumah kosong di Bachok pada jam 2 petang September 2015. Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Pada prosiding itu, Ahmad Fariz menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan keluarganya. Tertuduh p...