Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341
Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164723 Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) supaya kompaun yang lebih tinggi dan pendakwaan di mahkamah boleh dikenakan terhadap pelaku yang menyalah guna pili bomba. Menterinya Nga Kor Ming berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan akta itu dapat berfungsi mencegah perbuatan tersebut, memandangkan nilai kompaun dikenakan hanya antara RM100 dan RM500 serta tidak dikaji sejak 1988. “Saya berpendapat ia tidak cukup untuk menyampaikan mesej, tetapi ia mesti berfungsi sebagai penghalang (perbuatan salah guna pili bomba). Jumlah RM100 hingga RM500 dilihat terlalu ringan, mereka pandang remeh dan jumlah itu mampu bayar. “Kita akan kaji dan tingkatkan jumlah kompaun tersebut termasuk mendakwa pelaku di mahkamah pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 KPKT di sini hari...