Posts

Showing posts with the label Pengampunan

[VIDEO] Biarkan perbicaraan kes 1MDB selesai dan Yang di-Pertuan Agong akan membuat keputusan - PMX

Image
"Pendirian kami adalah, buat masa ini, anda melalui prosesnya dan biarkan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan." - Sebarang pertimbangan berhubung permohonan tahanan rumah Najib Razak hanya selepas selesai perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapi bekas Perdana Menteri itu. - Perdana Menteri (PMX), Anwar Ibrahim menjelaskan semua pihak harus menumpukan kepada prosiding kes 1MDB yang sedang berjalan, berbanding isu tahanan rumah untuk Najib seperti dibangkitkan mutakhir ini. - Ujarnya lagi, bekas Ahli Parlimen Pekan itu kekal menjalani hukuman di penjara sepanjang rayuannya didengar, namun berhak mengemukakan rayuan pengampunan dan hak yang sama juga wajar melibatkan seluruh rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan pendiriannya mengenai permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, dengan menekankan bahawa proses tersebut harus dianggap sebagai hak setiap warganegara Malaysia. Dalam satu kenyataan t...

Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid

Image
Semua pihak digesa henti komen 'YANG TIDAK SEPATUTNYA' berhubung isu pengampunan Najib - Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163728 Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen yang tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen YANG TIDAK SEPATUTNYA," katanya. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata demikian selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Pontian di Dewan Muafakat Kompleks Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian di Benut di sini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad hari ini yang merayu agar permohonan pengampunan b...

Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong

Image
Kuasa menghukum, pengampunan tidak wajar diguna sewenangnya – Agong BACA seterusnya di https://pakdin.my/160673/ Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ianya bakal dipertanggungjawabkan kelak. Seri Paduka Baginda bertitah prinsip keadilan menurut Islam adalah menjunjung amanah Tuhan dan bukannya mewakili kuasa Tuhan. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil nescaya keadilan tidak akan tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda. “Jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten akibatnya pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa maka titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang di sini hari ini 5 September 2022. Menurut ...