Posts

Showing posts with the label Pembunuhan
Image
🎦 Jeritan kuat wanita waktu maghrib rupanya dibunuh anak sendiri BACA di: https://pakdin.my/174125/ Jeritan minta tolong seorang wanita yang didengari jirannya merungkaikan penemuan pasangan warga emas mati dibunuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini. Menurut jiran, jeritan itu dipercayai daripada wanita yang dibunuh anak lelakinya kira-kira pukul 7 malam tadi. Katanya, pasangan yang dibunuh itu merupakan keluarga yang dikenali ramai penduduk di sini sekali gus menimbulkan suasana suram dalam kalangan penduduk. “Saya dengar jiran dia cakap mula-mula dengar jeritan minta tolong selepas itu terus senyap, kira-kira dalam waktu maghrib (7 malam). “Kedua-dua mangsa dengar ditemui dalam keadaan mengerikan, memang terkejut dengar kes bunuh macam ini.di sini tak pernah ada (pembunuhan) “Dekat sini orang ramai memang kenal dengan mangsa sebab selalu datang masjid dan dia orang lama di sini,” katanya. Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah membunuh ibu ba

[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska

Image
[VIDEO] Pembunuhan beramai-ramai di Thailand: 23 kanak-kanak maut dalam serangan di Taska BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160921/ Angka kematian mangsa yang terkorban dalam kejadian serangan di sebuah taska di timur laut Thailand meningkat kepada 37 orang, sekali gus mencatat sejarah sebagai tragedi pembunuhan kanak-kanak secara beramai-ramai terburuk di dunia. Dalam kejadian tragis yang menyayat hati itu, 24 daripada mangsa yang terbunuh ialah kanak-kanak taska berkenaan dari dua hingga lima tahun yang ketika kejadian sedang lena tidur. Kesemua mangsa dibunuh oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol dan pisau dalam kejadian pada Khamis (6 Okt), sebelum suspek kemudian pulang ke rumahnya lalu membunuh isteri dan anaknya, dan akhirnya membunuh diri, lapor Wionews.  Kolonel polis, Jakkapat Vijitraithaya dalam kenyataannya berkata, suspek dikenal pasti sebagai Panya Khamrab, bekas seorang leftenan kolonel polis yang telah dipecat pada tahun lalu sabit kesalahan mengambil dadah. Saks