Posts

Showing posts with the label Bersara

[Video] Lim Kit Siang bersara, tidak bertanding PRU-15

Image
[Video] Lim Kit Siang bersara, tidak bertanding PRU-15 Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157346 - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Kit Siang, 81, yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata demikian ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17 di IDCC Shah Alam, hari ini. Ahli politik berpengalaman itu turut mengumumkan persaraan dalam bidang politik dan tidak akan bertanding bagi pemilihan parti itu kali ini. Beliau berkhidmat dalam DAP dan terbabit sepenuhnya dalam politik selama 56 tahun. "Saya mengambil peluang ini untuk mengumumkan persaraan saya daripada politik. "Saya menarik diri daripada bertanding pilihan JTP (jawatankuasa pemilihan) hari ini. Sila padamkan nombor 39 daripada senarai calon JTP anda. "Saya juga tidak akan bertanding pada pilihan raya Parlimen atau negeri pada masa hadapan. "Saya telah berada dalam parti selama 56 tahun. Dua hari lalu adalah ulang tahun ke