Posts

Showing posts with the label Temerloh

[VIDEO] Dua rentung kereta terbakar selepas bertembung lori

Image
[VIDEO] Dua rentung kereta terbakar selepas bertembung lori BACA seterusnya di https://pakdin.my/161787/?amp=1 TEMERLOH – Dua maut dalam keadaan mengerikan apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Temerloh-Kuala Krau berhampiran Kampung Datuk Sharif Ahmad di sini hari. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu menyaksikan kedua-dua mangsa rentung selepas tersepit di dalam kereta. Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenalpasti setakat ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi mendapati sebuah lori dan kereta terbakar akibat kemalangan. “Terdapat dua mangsa tersepit dan terbakar dengan anggaran kemusnahan kereta adalah 100 peratus dan kepala lori musnah 80 peratus. “Pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan air pam tangki jentera dan mayat mangsa diserahkan kepada pih

[Video] Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari

Image
[Video] Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158402    TEMERLOH: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai hanyut selepas terjatuh dari Jambatan Songsang, Sungai Semantan di sini hari ini. Kejadian membabitkan  Mohamad Hanizam Md. Khalib, 30, dilaporkan berlaku pada 8 Mei lalu. Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa dijumpai pada hari ketiga pencarian sekitar pukul 9.01 pagi.  “Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam berhampiran sangkar ikan yang terletak satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh. “Dalam pada itu, pasukan penyelamat berjaya membawa mayat mangsa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Menurut beliau, operasi pencarian tersebut membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBDP Bukit Angin