Posts

Showing posts with the label KPKT

Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois

Image
Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165924 Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dalam invois dituntut syarikat itu daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), enam tahun lepas.  Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Azirah Kamaruddin, 37, yang mengaku bersalah menerima wang tunai tersebut daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya selaku pembantu tadbir perkeranian dan operasi. Ibu lima anak itu didakwa melakukan kesalahan di Maybank Desa Jaya, Kepong, di sini, pada 21 April 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal me

Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341

Image
Penyalahgunaan paip BOMBA: KPKT kaji semula Akta 341 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164723 Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengkaji semula Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) supaya kompaun yang lebih tinggi dan pendakwaan di mahkamah boleh dikenakan terhadap pelaku yang menyalah guna pili bomba. Menterinya Nga Kor Ming berkata perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan akta itu dapat berfungsi mencegah perbuatan tersebut, memandangkan nilai kompaun dikenakan hanya antara RM100 dan RM500 serta tidak dikaji sejak 1988.  “Saya berpendapat ia tidak cukup untuk menyampaikan mesej, tetapi ia mesti berfungsi sebagai penghalang (perbuatan salah guna pili bomba). Jumlah RM100 hingga RM500 dilihat terlalu ringan, mereka pandang remeh dan jumlah itu mampu bayar. “Kita akan kaji dan tingkatkan jumlah kompaun tersebut termasuk mendakwa pelaku di mahkamah pada masa akan datang," katanya pada sidang media di Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2022 KPKT di sini hari