Posts

Showing posts with the label Cabul

Cabul kaum sejenis: Tukang cuci wanita dijel empat tahun, denda RM3,000

Image
Cabul kaum sejenis: Tukang cuci wanita dijel empat tahun, denda RM3,000 https://huluselangor.com/?p=174774 HULU SELANGOR – Nasib seorang tukang cuci wanita yang mencabul kaum sejenisnya di sebuah tandas berakhir di tirai besi selepas dipenjara empat tahun dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini hari ini. Mahkamah memutuskan demikian selepas tertuduh yang dikenali sebagai Ita yang merupakan warga Indonesia menukar pengakuan kepada bersalah pada 15 Ogos lalu. Berdasarkan alasan penghakiman mahkamah yang dikeluarkan pada 26 Disember lalu, Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak sebagai Majistret berkata, fakta kes menunjukkan tertuduh mencabul kehormatan dengan menyentuh alat sulit mangsa berusia 29 tahun. Menurut mahkamah, perbuatan tersebut bukan sahaja mengaibkan, malah mendatangkan trauma kepada mangsa. “Mahkamah mengambil kira perbuatan ini adalah jenayah serius yang menjatuhkan maruah mangsa. “Mahkamah menimbangkan faktor rayuan, hujahan pihak pendakwaan,

Jurulatih taekwando disyaki cabul 4 kanak-kanak ditahan

Image
Jurulatih taekwando disyaki cabul 4 kanak-kanak ditahan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170525 SHAH ALAM: Polis mengesahkan menahan seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang didakwa mencabul empat pelatih kanak-kanak di pusat latihan di Shah Alam. Perbuatan jijik lelaki berusia 20 tahun yang juga penuntut kolej swasta itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada ibu bapa masing-masing. Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dikatakan berlaku sekitar September sehingga Oktober lalu. "Laporan pertama berkaitan kejadian diterima pada 1.53 tengah hari Khamis lalu daripada ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun. "Mangsa mendakwa dicabul suspek semasa berada di dalam tandas di pusat latihan berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Iqbal, setakat ini empat laporan diterima membabitkan empat mangsa berbeza berusia antara tujuh hingga sembilan tahun. Beliau berkata, siasatan awal mendapat

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Image
[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas BACA seterusnya di https://pakdin.my/161064/ Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di dalam lif yang videonya tular semalam telah diberkas polis. Menakutkan, remaja berkenaan telah mencabul anak guru yang pernah mengajarnya ketika mereka berduaan di dalam lif. Dalam CCTV yang merakam tindakan tindakan dari luar lif mendapati kanak-kanak itu memasuki lif sejurus remaja berkenaan memasukinya dahulu sebelum membuat onar di dalamnya. Memetik laporan Kosmo, polis berjaya menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes cabul membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dalam sebuah lif di sini, Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, lelaki berkenaan ditahan petang Khamis lalu di sekitar Pasar Kajang. Beliau berkata, suspek akan direman unt

Bekas ADUN Sedili didakwa cabul kehormatan wanita

Image
Bekas ADUN Sedili didakwa cabul kehormatan wanita Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159343 Tertuduh berusia 54 merupakan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi. Rasman didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatan wanita berkenaan. Didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima 10 tahun atau dengan denda atau sebat MUAR- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain hari ini mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Muar, di sini, atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, Januari lalu. Tertuduh berusia 54 yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan, Rasman didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 27 tahun dengan maksud untuk me

Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki

Image
Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159332   Mangsa memberitahu keluarga berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki. Mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar. Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. TUMPAT: Remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, di sini, malam semalam. Kejadian berlaku selepas pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu itu keluar rumah dengan alasan untuk makan bersama rakan. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pada jam 9 malam, mangsa meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar dan selepas jam 11 m

Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing, Gadis Nekad Lompat Dari Kereta

Image
Dicabul & Disamun Pemandu E-Hailing, Gadis Nekad Lompat Dari Kereta Sumber:  https://pakdin.my/158041 .... Seorang remaja terpaksa melompat keluar dari kenderaan e-hailing yang sedang bergerak selepas pemandunya didakwa mencabul dan menyamunnya dalam satu kejadian berhampiran Jalan Kionsom, Inanam, pagi Khamis (31 Mac). Mangsa yang juga jurujual berusia 19 tahun menempah perkhidmatan e-hailing untuk pergi ke tempat kerja di Menggatal. Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Rakman berkata, pemandu itu memberitahu mangsa bahawa dia terpaksa menggunakan jalan pintas kerana laluan utama sesak. "Ketika menghampiri kawasan air terjun Kionsom, pemandu didakwa meminta gadis itu beralih dari tempat duduk penumpang belakang ke tempat duduk hadapan," katanya dalam satu kenyataan. Pemandu itu dikatakan meraba paha mangsa, membuatkannya memberi amaran kepada lelaki tersebut supaya tidak melakukannya lagi. Pemandu itu kemudian didakwa mengeluarkan pisau kecil

Polis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di Serendah

Image
Polis nafi dakwaan tiada pembelaan terhadap mangsa cabul ketika mandi kolam di Serendah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157232 - HULU SELANGOR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan seorang wanita menerusi satu ciapan di Twitter yang menggambarkan seolah-olah tiada tindakan diambil pihak polis terhadap laporan dibuat individu terbabit. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, polis telah menerima satu laporan daripada wanita berusia 36 tahun tersebut di Balai Polis Serendah pada 15 Januari lalu mendakwa dirinya dicabul seorang lelaki dikenali. "Mangsa memaklumkan pada 11 Januari sekitar jam 10 hingga 11 malam semasa mangsa bersama suami serta rakan mandi di sebuah kolam di Serendah, rakannya seorang lelaki tempatan telah mecabul mangsa. "Suspek memeluk dan meraba kemaluan mangsa semasa mandi di kolam renang tersebut. "Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Langat berjaya menangkap s

Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita

Image
  Lelaki ditahan cabul, ugut sebar video teman wanita [Sumber: https://pakdin.my/?p=154766 ] KLANG - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai mencabul dan mengugut untuk menyebarkan video lucah teman wanitanya yang dikenali menerusi Instagram. Suspek berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira jam 10.40 malam di Jalan Kapar, Klang pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 16 tahun itu berkenalan dengan suspek ketika berada di rumah neneknya di Klang pada Mei 2021. Menurutnya, mangsa mula menjalinkan hubungan sehingga 9 Februari lalu dan sepanjang tempoh itu mangsa telah dipaksa membuat panggilan video dalam keadaan berbogel. "Mangsa juga mendakwa suspek sering menyentuh badannya setiap kali bertemu. "Tidak tahan dengan sikap suspek, mangsa mahu memutuskan hubungan mereka, namun dihalang oleh suspek dengan mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah mangsa," katanya. Katanya, su