Posts

Showing posts with the label Aceh

Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara

Image
Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara https://pakdin.my/174810/ BANDA ACEH –  Mahkamah Syariah Banda Aceh menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga orang gadis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran online, lapor portal berita Prohaba.co hari ini. Majlis Kehakiman menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga- tiga gadis tersebut yang masing-masing berumur  22, 23 dan 24 tahun didapati bersalah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral. Ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun semalam berdasarkan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh. Mereka ditangkap pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan).  Mereka ditangkap di sebuah hotel di kawasan Ulee Kareng oleh anggota-anggota polis Banda Aceh yang melakukan penyamaran. Hakim memerintahkan supaya ketiga-tiga gadis berkenaan tetap ditahan sehingga mereka habis menjalani hukuman penjara.
Image
[VIDEO] Pagi Isnin, Aceh Digegarkan Dengan Gempa 6.5 Magnitud BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161888 Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik melaporkan, gempa bumi besar berukuran 6.5 magnitud menggegarkan wilayah Aceh. Gempa itu terjadi pada hari Isnin (16/1/2023) pagi tadi pukul 05.30 WIB. Lokasi sebenar gempa bumi adalah 49 kilometer tenggara Daerah Aceh Singkil. BMKG berkata gempa bumi itu tidak berpotensi tsunami. Perkara ini dilaporkan oleh BMKG menerusi Twitter rasminya. Dalam kenyataannya, BMKG memberikan penafian bahawa dalam beberapa minit pertama selepas gempa bumi, parameter gempa bumi mungkin berubah dan mungkin tidak tepat, melainkan pakar seismologi telah menganalisisnya semula. Tidak diketahui secara pasti sama ada terdapat kesan daripada gempa bumi itu.