Posts

Showing posts with the label Pelawak

Hamdan Senario ditidurkan, anak mohon doa orang ramai

Image
Hamdan Senario ditidurkan, anak mohon doa orang ramai https://pakdin.my/174743/ Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah. Menurut anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah, 20, pada awalnya, bapanya hanya mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas pulang dari makan malam semalam sebelum dibawa ke hospital pagi tadi. “Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan berlarutan sehingga hari ini sebelum kami bawanya ke hospital sekitar pukul 11 pagi. “Tiba-tiba ayah sukar untuk bernafas. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan dia perlu ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darah agak tinggi. “Kalau normal, bacaan hanya bawah 10 tetapi hasil pemeriksaan, bacaan ayah ialah 32, sangat tinggi,” katanya kepada Kosmo! Online dalam nada sebak. Meskipun sedih melihat keadaan bapanya, Natasya bagaimanapun berasa sedikit lega apab