Posts

Showing posts with the label Pemandu Lori

Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim bulan lalu ditahan di Melaka

Image
Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim  bulan lalu ditahan di Melaka BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163537 TANJUNG MALIM: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu. Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi. Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan berkenaan ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit. "Suspek juga mengaku menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian. "Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertang

[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar

Image
[Video] Motif cemburu punca wanita maut dikelar -  https://pakdin.my/155087 - Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita yang maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menahan teman lelaki mangsa berusia 33 tahun pada jam 11.30 pagi, semalam. "Lelaki terbabit yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang selepas dia datang menyerah diri. "Hasil soal siasat dilakukan, lelaki berkenaan mengaku terbabit dalam kejadian itu. Motif pembunuhan itu dipercayai kerana cemburu. "Bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes itu masih diteruskan," katanya dalam kenyataan, hari ini. Terdahulu, dilaporkan seorang pemilik kedai menjual peralatan rumah dan pejabat maut dikelar dalam kejadian pergaduhan di Serdang Perdana, kelmarin. Dalam kejadian jam 7 malam, wanita berusia 29 tahun itu ditemuk