Posts

Showing posts with the label Lacur

[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500

Image
[VIDEO] Melacurkan diri: Ibu tunggal didenda RM2,500 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162664 GEORGE TOWN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melacurkan diri di sebuah hotel di sini, Ahad lepas. Nadzirah Azizoh @ Azizam, 43, dari Jalan Pokok Sena, Kedah mengaku bersalah terhadap dakwaan melakukan perbuatan itu di sebuah hotel di Jalan Penang antara jam 2 pagi dan jam 2.25 pagi 19 Mac lepas, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya. Majistret Azlan Basri turut memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda itu. Sementara itu, di mahkamah yang sama dua lagi wanita, Nurul Najihah Abu Bakar, 23, dan Nor Hafiza Rosli, 32, mengaku tidak bersalah dan memohon bicara selepas pertuduhan sama dibacakan terhadap mereka. Nurul Najihah dan Nor Hafiza masing-masing dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan Azlan menetapkan tarikh 28 Jun untuk sebutan