Posts

Showing posts with the label Kahwin

Patah hati dalam gembira lihat foto Prince Mateen dengan Dayang Anisha

Image
Patah hati dalam gembira lihat foto Prince Mateen dengan Dayang Anisha https://pakdin.my/174735/ Perkongsian terbaharu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah di akaun Instagramnya hari ini membuatkan ramai peminat wanita patah hati. Dalam hantaran itu, Putera Mateen berkongsi sekeping foto bersama bakal isterinya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam berserta ucapan pendek di ruangan kapsyen sempena Tahun Baharu 2024. Menurut laporan media sebelum ini, Putera Mateen bakal bernikah bersama gadis pilihan hatinya dalam satu majlis perkahwinan diraja bermula pada 7 Januari hingga 16 Januari ini. Istiadat Perkahwinan itu bakal berlangsung selama lapan hari dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari diikuti Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada keesokan harinya. Meninjau ke ruangan komen, ramai wanita menyifatkan penyatuan dua hati tersebut sebagai peristiwa paling menyedihkan pada 2023. “Anak-anakku, inilah bakal ayahmu yang tidak boleh aku kecapi,” kata Irma. “Se...

Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi”

Image
Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi” BACA seterusnya: https://pakdin.my/166367 MEMILIKI lebih 230,000 pengikut di aplikasi TikTok, content creator Siti Nur Nashrah atau Nashkay pastinya sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai komen netizen. Terbaharu, Nash, 30, yang sedang hamil anak ketiga mendedahkan dia turut menjadi mangsa penghinaan segelintir netizen kerana suaminya kini berusia 62 tahun. "Wohoo dah mengandung isteri dia. Kuat juga si tua ganyut ni. Ingat dah tak boleh pakai lagi (tak bernafsu). Wah padanlah seri aje isteri atuk ni. Apa tak vitamin A to Z dah masuk. Itulah bertenaga buat TikTok kan. Antara komen penghinaan yang diterima Nash dan suaminya. "Dia gunakan atuk ini cari side line income, takut-takut bila mati tak dapat harta kerana si tua ini ada anak, mana mereka nak kasi harta pada gold digger ini kan. "Kesian tengok si tua ganyut layankan isteri yang cari peluang cari duit...

Rakyat M'sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

Image
Rakyat M'sia  berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160423/ PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air. Beliau berkata pendaftaran perlu dilakukan bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang. "Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang," katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Mahabbah 2022 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini hari ini. Turut berkenan berangkat ke program itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail  yang juga Yang Dipertua MAIPs dan anakanda baginda Syed Sirajuddin Areeb Putra. Muhammad Ridzuan turut menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran ...