Posts

Showing posts from July, 2023

Insentif kerajaan untuk FELDA tingkat kualiti hidup peneroka

Image
Insentif kerajaan untuk FELDA tingkat kualiti hidup peneroka BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166584 Pelbagai insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk masyarakat Felda akan membantu meningkatkan kualiti hidup dan kebajikan warga peneroka, kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Ahmad Shabery berkata inisiatif yang diumumkan termasuk Sumbangan Kesihatan Rahmah (SKR) berkenaan juga menunjukkan masyarakat Felda sentiasa mendapat perhatian dan pembelaan daripada Kerajaan Perpaduan MADANI hari ini bagi memastikan mereka tidak ketinggalan daripada arus pembangunan. Beliau berkata inisiatif SKR, pembinaan pusat hemodialisis dan kos operasi lampu jalan yang melibatkan implikasi kewangan besar menunjukkan bahawa kerajaan ‘tidak berkira’ dan sentiasa mencari jalan bagi meringankan beban masyarakat Felda. "Agenda pembangunan dan kebajikan untuk kesejahteraan masyarakat Felda sentiasa menjadi keutamaan keraja

Letupan Yala: Seorang renjer maut dan mencederakan dua lagi, keselamatan dipertingkatkan

Image
Letupan Yala: Seorang renjer maut dan mencederakan dua lagi, keselamatan dipertingkatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166568 Seorang anggota peronda renjer terbunuh dan dua lagi cedera dalam serangan bom di daerah Bannang Sata di Yala pagi semalam. Serangan berlaku kira-kira jam 7 pagi. Renjer dan sukarelawan sedang meronda dengan berjalan kaki di kampung Ubae Moo 1 di tambon Bacho apabila bom yang disembunyikan di kawasan itu tiba-tiba meletup, menurut pusat radio balai polis Bannang Sata. Kekuatan letupan itu mencederakan tiga anggota pasukan, seorang kemudiannya meninggal dunia. Renjer sukarelawan Wanchai Muthasukphaisarn, 28, mengalami kecederaan serius dan kemudiannya disahkan meninggal dunia. Sgt Wichian Panyo dan sukarelawan Wimol Chanthakhun mengalami sakit dada dan telinga berdesing. Mereka dirawat di Hospital Bannang Sata. Polis menyalahkan serangan itu atas pergolakan di wilayah sempadan paling selatan, di mana lebih 7,000 orang terbunuh sejak konflik pemisah timbul

[VIDEO] Terlalu lama buka ‘aircond’ dalam kereta punca 3 mati ketika tidur

Image
[VIDEO] Terlalu lama buka ‘aircond’ dalam kereta punca 3 mati ketika tidur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166561 BATU PAHAT – Punca kematian tiga orang termasuk seorang wanita warga Myanmar di Hentian Rehat Yong Peng malam semalam disahkan kerana tidur terlalu lama dengan penghawa dingin kereta. Pemangku Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, hasil siasatan awal kejadian pada pukul 9.59 malam itu mendapati ketiga-tiga mangsa dalam perjalanan dari Genting Highlands menuju ke Taman Air Biru, Pasir Gudang. Kesemua mangsa merupakan warga Myanmar yang dikenali sebagai Zaw Naing Oo, 23, Myo Htet, 25, dan Khin Mar Yee, 27. Katanya, kereta Perodua Alza yang digunakan dipinjam dari seorang rakan di Johor Bahru dan dipercayai telah berhenti rehat seterusnya tidur dalam kereta di tempat kejadian. “Hasil temubual daripada beberapa orang saksi, kereta mangsa didapati telah diletakkan dalam tempoh masa agak lama di Hentian Rehat Yong Peng it

Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah

Image
Rasuah RM13 juta: SPRM tahan CEO Perbadanan Menteri Besar Kedah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166554 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat berkait kes rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta. Menurut sumber, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 63 dan 40 tahun itu ditahan lewat petang, semalam di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara. “Kedua-dua suspek kini direman tiga hari bermula hari ini hingga 21 Julai ini. “Perintah reman dikeluarkan masing-masing oleh Majistret Wan Shahida Abd Rahim di Mahkamah Majistret Alor Setar dan Majistret Norsyakirah Che Hashim di Mahkamah Majistret Shah Alam selepas permohonan reman dibuat SPRM,” katanya. Katanya, aktiviti perlombongan yang dijalankan secara haram oleh syarikat terbabit mendapat perlindungan daripada pihak berkuasa tertentu sejak tahun 2020. “Sehubungan itu

[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi

Image
[VIDEO] Tidak jawab panggilan polis, Datuk Seri Muhammad Sanusi ditahan awal pagi KUALA LUMPUR - Mengenai penahanan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada pukul 3.00 pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyatakan, tindakan dibuat selepas Menteri Besar Kedah itu tidak menjawab panggilan telefon polis sejak petang semalam. Panggilan dibuat selepas polis menerima arahan berkaitan pertuduhan membabitkan Datuk Seri Muhammad Sanusi daripada Jabatan Peguam Negara semalam. Pihaknya turut menerima 58 laporan termasuk daripada Ahli Dewan DiRaja Selangor berhubung kenyataan Datuk Seri Muhammad Sanusi yang didakwa menyentuh isu 3R iaitu agama, raja dan kaum dalam ceramah politiknya.

MB Kedah didakwa berkaitan hasutan

Image
MB Kedah didakwa berkaitan hasutan  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166542 SELAYANG - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan berasingan bawah Akta Hasutan 1948.  Beliau didakwa melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dan mempunyai kecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana raja dan mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.  Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara, Kampung Bendahara, di sini, pukul 11.00 malam pada 11 Julai lalu.  Pengakuan tidak bersalah dibuat di hadapan Hakim Rajiiah Mat Zin yang mendengar kes pertuduhan pertama dan Hakim Osman Affendi Mohd Salleh bagi pertuduhan kedua. Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terriruddin Mohd Salleh manakala Muhammad Sanusi diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Wan Rohaimi

[VIDEO] Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah

Image
[VIDEO] Dera, abai kanak-kanak: Dua guru taska dan pemilik dihadap ke mahkamah IPOH: Dua guru taska didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, masing-masing atas tiga pertuduhan mendera kanak-kanak dalam jagaan mereka di sebuah taska di Meru, awal bulan ini. Noor Shafina Abdul Khair, 26, dan Wan Suhaila Mior Khir, 32, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan itu. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Noor Shafina didakwa melakukan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan cara menindan badan mangsa, menampar pahanya dengan kuat, menarik rambut serta menampar pipi mangsa pada 6 Julai lepas di taska tersebut. Dia turut didakwa menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dengan memukul belakang badan dan mencubit pipi mangsa. Timbalan Pendakwa Raya Qurratu'aini Khalifah tidak menawarkan jaminan namun peguam Mohammad Syarifuddin Zaid memohon jaminan munasabah atas alasan anak guamnya akan memberi kerjasama penuh dalam kes itu. Hakim Ain

[VIDEO] Simbah asid terhadap lelaki warga Pakistan, wanita warga emas dipenjara 12 bulan

Image
[VIDEO] Simbah asid terhadap lelaki warga Pakistan, wanita warga emas dipenjara 12 bulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166521 Seorang wanita warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini hari ini kerana menyimbah asid ke atas seorang lelaki warga Pakistan sehingga mengalami kelecuran tahap satu di bahu kanan dan belakang badan, minggu lepas. Majistret Chai Guan Hock menjatuhkan hukuman itu terhadap Saira Abdullah, 62, selepas dia mengaku bersalah mencederakan Inam Ullah, 37, dengan menggunakan cecair kimia di dalam lif Blok B Pangsapuri Laksamana Jaya, Kampung Laksamana, Batu Caves, Gombak, pada 1.10 pagi, 4 Julai lepas. "Tertuduh telah mengaku bersalah dan menjimatkan masa dan kos mahkamah. Dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan keseriusan kesalahan, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan bermula dari tarikh tangkap pada 9 Julai 2023," kata majistret itu. Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan

Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024

Image
Pembaikan cerun, Jalan Batang Kali-Genting Highlands bermula Ogos, siap Mac 2024  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166515 Kerja-kerja fizikal pembaikan cerun dan jalan di laluan Batang Kali-Genting Highlands akan bermula akhir Ogos ini dan dijangka siap pada Mac tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim berkata setakat ini kemajuan projek pembaikan berkenaan berjalan lancar sebelum kerja-kerja secara fizikal bermula. "Selepas kejadian itu (tragedi tanah runtuh), kami terus buat kajian dengan konsultan dan cadangkan langkah-langkah penyelesaian kepada cerun yang runtuh. Projek ini telah diluluskan pada Mei 2023 dan kami telah buat lantikan (kontraktor) serta dijangka siap Mac 2024. "Kerja-kerja pembaikan adalah secara reka dan bina. Kontraktor dalam fasa akhir untuk muktamadkan reka bentuk 'TerraLink wall system'. Kerja-kerja pembaikan fizikal dijangka bermula pada

PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam

Image
PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166510 HULU SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan. Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan pimpinan Amanah peringkat negeri dan pusat serta BN khususnya UMNO dalam mencapai kata sepakat mengenai keputusan tersebut. "Perkembangan ini merupakan satu titik tolak yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam Kerajaan Perpaduan sekali gus memberi lonjakan sokongan kepada gabungan PH-BN di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sehubungan itu, katanya, Amanah Hulu Selangor berusaha sedaya upaya mengerahkan seluruh kekuatan dengan sokongan rakan parti dalam gabungan itu bagi memastikan kerusi DUN Hulu Bernam mengekalkan kemenangan yang disandang BN se

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat

Image
Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166506 Pemain perseorangan wanita negara Ung Yi Xing meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia hari ini. Pada aksi pusingan ketiga bagi kategori individu di Dewan Sukan Among Rogo, pilihan ke-15 kejohanan itu mengambil masa 56 minit sebelum berhasil menafikan kebangkitan wakil Thailand Saranporn Sombutwatthananukool 21-19, 19-21, 21-16. Ia sekali gus menebus kekecewaan pemain berusia 18 tahun itu selepas tunduk kepada lawan yang sama di pentas suku akhir kejohanan bagi kategori berpasukan pada Isnin lepas. Bagaimanapun, tugas getir menanti Yi Xing dalam pusingan 16 terbaik apabila berdepan pilihan utama kejohanan Tomoka Miyazaki dari Jepun yang mara selepas menewaskan wakil tuan rumah Chiara Marvella Handoyo 21-5, 21-16. Mengiringi Yi Xing di pusingan keempat kejohanan, pemain perseorangan lelaki

Lelaki Nepal dibunuh, didakwa suka curi duit, lambat buka pintu

Image
Lelaki Nepal dibunuh, didakwa suka curi duit, lambat buka pintu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166501 MELAKA – Gara-gara dendam kerana didakwa sering mencuri duit dan lambat membuka pintu rumah, seorang pembantu kedai makan warga Nepal dipercayai dibunuh rakannya menggunakan kayu dan kabel telefon di sebuah rumah kedai di Batu Berendam, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, maklumat berhubung kejadian diterima daripada majikan si mati yang menghubungi talian kecemasan MERS 999 pada pukul 6.42 petang. Katanya, pemeriksaan pegawai serta anggota yang bergegas ke lokasi menemukan seorang lelaki warga Nepal berusia 32 tahun di dalam tandas di premis berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai telah mati. “Mayat si mati awalnya telah ditemui oleh majikan yang datang ke premis tersebut untuk mencarinya selepas lelaki berkenaan tidak datang bekerja. “Dia bagaimanapun ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas dal

Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing

Image
Pelajar cedera, motosikal ditunggang jatuh tebing BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166496 HULU SELANGOR – Seorang pelajar berdepan detik cemas apabila motosikal ditunggangnya terjatuh dalam tebing sedalam kira-kira 1.5 meter dalam satu kejadian di Felda Sungai Tengi Selatan, di sini petang tadi. Bagaimanapun, remaja berkenaan bernasib baik kerana hanya mengalami luka di kaki dan bahu akibat kejadian tersebut. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 3.03 petang sebelum menggerakkan seramai lima orang anggota dan jentera ke lokasi kejadian. Ujarnya, lokasi kerjadian terletak kira-kira 33 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa. “Setibanya di lokasi kejadian, mangsa, Mohd. Syazwan Sarifudin, 15, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC terbabas dan terjatuh ke bawah tebing sedalam lima kaki. “Mangsa berjaya dibawa naik oleh anggota bomba dan mengalami luka di kaki serta bahu,” katanya dalam

Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan

Image
Jual 'tubuh', ibu tunggal dipenjara 4 bulan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166491 MUAR: Seorang ibu tunggal dipenjara empat bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, tadi, atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah rumah di Jalan Arab, di sini, awal bulan ini. Tertuduh, Nur Shafiqah Mohd Faris, 35, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin. Mengikut fakta kes, sepasukan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar membuat serbuan di sebuah rumah pada jam 11.30 malam, 9 Julai lalu. Dalam serbuan itu, terdapat dua individu masing-masing seorang lelaki dan wanita di ruang tamu kediaman yang disyaki menjalankan aktiviti persundalan. Pemeriksaan dalam bilik tidur kemudian menemui tertuduh serta seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai pelanggannya. Polis turut menemui kondom yang baru digunakan serta wang tunai berjumlah RM200 pada mangsa. Berikutan itu, tertuduh ditah

[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara

Image
[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166483 PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah RM25,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat kelulusan bagi permohonan taraf kewarganegaraan. Sumber memberitahu, penjawat awam berusia 40-an itu yang berkhidmat dengan menteri pada 2019 ditahan kira-kira pukul 5 petang Selasa, di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 14 Julai ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. Menurut sumber, suspek meminta wang sogokan daripada seorang lelaki tempatan yang membuat permohonan taraf kewarganegaraan untuk anak kandungnya. "Pada bulan Jun lalu, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015. "Suspek me

[VIDEO] Tahanan lari dari IPD Dang Wangi diberkas semula selepas 4 jam

Image
[VIDEO] Tahanan lari dari IPD Dang Wangi diberkas semula selepas 4 jam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166476 KUALA LUMPUR -Tindakan seorang tahanan lelaki melarikan diri dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, pagi semalam berjaya diberkas semula dalam tempoh empat jam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, tahanan berusia 45 tahun itu melarikan diri sekitar pukul 9.40 pagi semasa hendak dibawa menaiki lori polis. Katanya, ketika itu kenderaan tersebut dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, bagi proses pertuduhan berkaitan kes Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. “Bagaimanapun, suspek terbabit diberkas sekitar pukul 1.50 tengah hari di Jinjang. “Bayangkan di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kuala Lumpur ini adalah amat sukar untuk kita (polis) mengesan dan menangkap semula suspek ini namun berbekalkan kelebihan yang ada, suspek dapat ditahan dalam tempoh empat jam selepas dia melarikan diri,” katanya ketika dit

[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak

Image
[VIDEO] Dua lemas, seorang selamat dihanyutkan arus deras di Kampung Buntal, Sarawak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166472 KUCHING - Malang tidak berbau, tiga lelaki yang sedang mencari rezeki di tepi pantai berakhir tragedi apabila dihanyutkan arus deras di Esplanade Buntal, Kampung Buntal, awal pagi tadi. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, seorang daripada mangsa dapat menyelamatkan diri, namun dua rakannya dilaporkan hilang.  Komander Operasi Pero Guyuh berkata, kedua-dua mangsa yang dikhuatiri lemas berusia 39 dan 25 tahun.  Sekitar jam 3.30 pagi, Pero berkata penduduk kampung menjumpai mangsa dikenali Mohamad Amin Umar  pada jarak 400 meter dari lokasi mangsa hilang. Manakala, selang 12 minit kemudian pasukan penyelamat bersama penduduk kampung  menjumpai mangsa kedua dikenali Awang Khairul Aziq Awang Chula pada jam 3.42 pagi. Katanya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

[VIDEO] PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai

Image
PRN: Agihan kerusi PH-BN Selangor selesai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166457 Agihan kerusi di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) telah dimuktamadkan dengan BN diperuntukkan lebih 20 peratus daripada 56 kerusi dipertandingkan, kata Pengerusi PH Selangor Datuk Seri Amirudin Shari . Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata pecahan pembahagian kerusi itu telah dipersetujui Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Dengan itu, kerusi selebihnya akan ditandingi calon PH dan ini diputuskan selepas mengambil kira faktor kerusi-kerusi yang disandang parti itu sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. “Faktor semasa keadaan politik, kekuatan terkini antara parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan selain kebolehcapaian untuk menggabungkan kekuatan kedua-dua parti juga menjadi antara faktor dalam menentukan pengagihan kerusi,” katanya ketika sesi temu bual eksklusif be

PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia

Image
PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166448 TANGGAL 12 Ogos 2023 bakal menentukan nasib ahli politik di enam negeri. Melihat kepada apa yang berlaku sewaktu pilihan raya umum tahun lalu, antara faktor utama yang memainkan peranan penting menentukan kemenangan parti politik seperti Pas banyak dipengaruhi oleh media sosial. Penggunaan media sosial yang meluas serta capaian kepada semua pihak masyarakat menyebabkan maklumat disampaikan lebih cepat dan tersebar dengan pantas. Landskap politik negara mutakhir ini banyak dipengaruhi oleh media sosial seperti TikTok dan Twitter. Keadaan ini tidaklah bermakna ia negatif semata-mata. Ada banyak manfaat yang boleh dijana dari medium ini sekiranya digunakan dengan betul. Terkini, hampir semua ahli politik menggunakan medium TikTok untuk menyampaikan idea serta meraih undi. Memandangkan sejumlah besar iaitu sebanyak 28.9 peratus atau hampir 2.8 juta pengundi terdiri daripada golongan belia

[VIDEO] OKU mental mengaku tidak bersalah sebab kematian penunggang Ducati

Image
[VIDEO] OKU mental mengaku tidak bersalah sebab kematian penunggang Ducati BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166436 AMPANG: Seorang lelaki yang menunggang motosikal melawan arus hingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal Ducati Panigale di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE), diperintah oleh Mahkamah Majistret di sini, menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak. Majistret Amalina Basirah Md Top memerintahkan pemandu lori, Mudzyadaha Mohammad, 42, selepas tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa menunggang motosikal dengan cara melawan arus yang merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, di Kilometer 22.2 Lebuhraya SUKE, pada 1.10 tengah hari, 14 Jun lalu. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum mengikut peruntukan akta sama, yang memperuntukkan

[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru

Image
[VIDEO] Penduduk panik banjir lahar dari Gunung Semeru JAKARTA – Penduduk setempat melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk dari Gunung Semeru melimpah ke jalan raya dan memusnahkan jambatan di daerah Lumajang dalam wilayah Jawa Timur, lapor laman berita Detik. Orang ramai melarikan diri apabila banjir bercampur lahar sejuk itu menenggelamkan sawah padi mereka. Sebahagian penduduk melarikan diri dengan menaiki motosikal, namun seorang lelaki terpaksa meninggalkan motosikalnya di tepi jalan kerana kesuntukan masa. Beberapa tiang lampu di kawasan itu juga dilaporkan tumbang. Tiga jambatan penghubung kampung di sekitar lereng Gunung Semeru itu ditenggelami banjir. https://youtu.be/uflE6uzGEL8 Ketua Kecemasan dan Logistik Jawa Timur, Satrio Suseno berkata, banjir itu menjejaskan Kampung Tumpeng, Kampung Sidomulyo  dan Kampung Sumberwuluh. Banjir bercampur lahar sejuk itu berpunca daripada kekerapan hujan di lereng Gunung Semeru sejak beberapa hari lalu. Bagaimanapun, tiada kemat

[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur

Image
[VIDEO] Rumah Panjang Long Wat musnah terbakar ketika penghuni sedang nyenyak tidur BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166417 MIRI: 27 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas blok tengah rumah panjang Long Wat di Apoh Baram musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Maklumat awal yang diperoleh dari Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 1.33 pagi 9 Julai 2023. Pihak Bomba kemudiannya bertindak menghubungi pelapor bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kebakaran yang berlaku. "Bagaimanapun pasukan bomba hanya dapat ke lokasi kejadan pada awal pagi kerana perkhidmatan feri beroperasi bermula jam 6 pagi," ujarnya. Dalam pada itu, Balai Polis Long Lama menghubungi Bilik Kawalan BBP Marudi pada jam 5.19 pagi tadi dan memaklumkan hanya blok tengah rumah panjang sahaja yang terbakar dan berjaya dipadamkan oleh penduduk rumah panjang pada jam 2.30 pagi. Dimaklumkan hanya 27 pintu terbakar (blok te

KL City, Terengganu sama liat

Image
KL City, Terengganu sama liat BACA seterusnya: https://pakdin.my/166409 Kuala Lumpur City FC (KL City) mensia-siakan kelebihan dua gol apabila diikat Terengganu FC 3-3 pada aksi Liga Super malam tadi. Sebaliknya pujian perlu diberikan kepada skuad Penyu yang tidak mengaku kalah biarpun pada satu ketika ketinggalan dengan jurang dua gol. Dalam aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, kem tuan rumah dikejutkan dengan gol awal pelawat menerusi rembatan luar kotak penalti oleh Omid Nazari di minit 28. Walaupun ketinggalan, anak buah Bojan Hodak tenang menyusun kembali rentak dan berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut yang dimanfaatkan sebaiknya Giancarlo Gallifuoco untuk menolak masuk di minit 36. Lima minit kemudian, skuad The City Boys melebarkan kedudukan menerusi Paulo Josue yang bijak menghidu peluang selepas berlakunya situasi kelam kabut di depan gawang Terengganu. Romel Morales mengukuhkan kelebihan KL City apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan untuk menamatk

PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin

Image
PRN: MCA, MIC dilibatkan pembentukan kerajaan Selangor akan datang - Amirudin BACA seterusnya: https://pakdin.my/166397 Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memberi jaminan peranan MCA dan MIC akan dilibatkan dalam pembentukan pentadbiran kerajaan negeri pada masa akan datang jika gabungan parti Kerajaan Perpaduan dapat mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pembabitan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan dalam pentadbiran negeri penting demi kestabilan politik di negeri berkenaan. Sehubungan itu, katanya beliau amat mengharapkan pembabitan MCA dan MIC semasa tempoh berkempen menjelang pilihan raya negeri kali ini walaupun kedua-dua parti berkenaan sudah menyatakan hasrat untuk tidak bertanding di enam PRN bulan hadapan. "Mereka juga harus dilibatkan sama semasa kempen dan pentadbiran masa depan kerajaaan negeri. Saya sedia sebut hal itu, kerana kita mahu mengekalkan konsep gabungan Kerajaan Pe

Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor

Image
Operasi pencarian Ahmad Ammar diperluas ke Sungai Selangor BACA seterusnya: https://pakdin.my/166389 HULU SELANGOR: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Desa Alam Ria, Batang Kali, di sini semalam dipercayai mahu mengambil seliparnya yang terjatuh. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim, berkata pihaknya menerima laporan membabitkan mangsa berusia tujuh tahun itu jam 7.45 malam semalam (5/7/2023). "Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjun ke dalam sungai untuk mengambil seliparnya. "Bagaimanapun, dia kemudian dibawa arus deras ketika itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ahmad Faizal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari pelbagai agensi penyelamat diaktifkan untuk mengesan mangsa. "Operasi pada hari pertama dihentikan jam 11.45 malam disebabkan keadaan cuaca yang gelap dan arus sungai yang tidak menentu. "SAR disambung semula jam 9.25 pagi tadi," katanya. Semalam, media melaporkan Ahm

BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid

Image
BN hormati keputusan MCA, MIC tidak bertanding PRN - Ahmad Zahid BACA seterusnya: https://pakdin.my/166375 Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menghormati keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding pada pilihan raya enam negeri bulan depan. Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO itu berkata keputusan MCA dan MIC itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin depan. “Saya sebagai Pengerusi BN hormati keputusan dibuat oleh kedua-dua parti… kita sebenarnya telah tetapkan MCA dan MIC kerusi tetapi kalau itu mereka putuskan, kita akan bincangkan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di sini hari ini. Semalam, MCA dan MIC mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu bulan depan bagi menumpukan kepada persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).  Ah

Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi”

Image
Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi” BACA seterusnya: https://pakdin.my/166367 MEMILIKI lebih 230,000 pengikut di aplikasi TikTok, content creator Siti Nur Nashrah atau Nashkay pastinya sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai komen netizen. Terbaharu, Nash, 30, yang sedang hamil anak ketiga mendedahkan dia turut menjadi mangsa penghinaan segelintir netizen kerana suaminya kini berusia 62 tahun. "Wohoo dah mengandung isteri dia. Kuat juga si tua ganyut ni. Ingat dah tak boleh pakai lagi (tak bernafsu). Wah padanlah seri aje isteri atuk ni. Apa tak vitamin A to Z dah masuk. Itulah bertenaga buat TikTok kan. Antara komen penghinaan yang diterima Nash dan suaminya. "Dia gunakan atuk ini cari side line income, takut-takut bila mati tak dapat harta kerana si tua ini ada anak, mana mereka nak kasi harta pada gold digger ini kan. "Kesian tengok si tua ganyut layankan isteri yang cari peluang cari duit

Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang

Image
Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang BACA seterusnya: https://pakdin.my/166358 Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak 2012. Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Otman, 64, di akhir kes pembelaan. Pada 31 Mac 2016, Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015. Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala 15 lagi pertuduhan salah guna

“Buat muka untuk apa, bukan super star pun” - Nurul Zahid jawab tuduhan bapa jalani pembedahan kosmetik

Image
“Buat muka untuk apa, bukan super star pun” - Nurul Zahid jawab tuduhan bapa jalani pembedahan kosmetik BACA seterusnya: https://pakdin.my/166350 KECOH di media sosial apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil dengan mata kelihatan bengkak dan lebam. Namun teka-teki itu terungkai apabila anak sulungnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid tampil menjelaskan bapanya mengalami kerosakan saraf optik dan memerlukan pembedahan. “Saraf mata dia tak function (berfungsi). Sebab tu mata dia jadi 'jatuh'. Buat muka buat apa, bukan super star pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata, kena la buat sesuatu. "Tapi biasalah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar," tulisnya membalas komen netizen di Instagram. Bukan itu sahaja, Nurulhidayah juga menjelaskan bahawa sebagai ahli politik, Zahid perlu kuatkan semangat walaupun sakit kerana memikul tanggungjawab besar yang diamanahkan. Nurulhidayah berkata bapanya masih dalam proses pemulihan dan

Tengok filem apa sampai tertanggal seluar dalam?

Image
Tengok filem apa sampai tertanggal seluar dalam? BACA seterusnya: https://pakdin.my/166341 PERBUATAN tidak bermoral dengan membuang sampah merata-rata termasuk di dalam pawagam terus menjadi budaya yang sukar dikikis. Sama ada sisa atau bekas makanan dan minuman, sampah sarap lain seperti tisu turut sering ditinggalkan di tempat duduk selepas habis tayangan. Terbaharu, adalah amat mengejutkan apabila ada yang sanggup 'meninggalkan' seluar dalam mereka di dalam dewan pawagam. Seorang pekerja sedang melakukan pembersihan. "Sila tuntut seluar dalam siapa ni," tulis seorang lelaki menerusi satu perkongsian di TikTok. Individu berkenaan turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan sehelai seluar dalam putih yang tercicir di bawah tempat duduk di sebuah pawagam. Kelihatan seorang pekerja pembersihan bersama penyapu dan penyodok berdiri berhampiran seluar dalam berkenaan. Pengguna akaun TikTok itu turut mengambarkan bentuk badan pemiliknya berdasarkan saiz seluar dalam yang d