Posts

Showing posts with the label Myanmar

Tentera laut Indonesia usir bot bawa Rohingya

Image
Tentera laut Indonesia usir bot bawa Rohingya  https://pakdin.my/174703 JAKARTA: Sebuah kapal tentera laut Indonesia telah bertindak mengusir bot yang membawa etnik Rohingya dari Myanmar, menurut jurucakap tenteranya. Tindakan dilakukan di perairan Aceh terhadap pelarian dari negara konflik itu dibuat ketika semakin banyak permusuhan tercetus membabitkan kumpulan itu dengan penduduk tempatan. Jurucakap tentera, Nugraha Gumilar berkata, bot kayu itu ditemui di perairan berhampiran Pulau Weh, di luar Sumatera. "Kapal tentera Indonesia mengiringi bot dipercayai membawa Rohingya itu sehingga mereka berada di luar perairan Indonesia dan tidak akan kembali. "Tidak begitu jelas berapa ramai Rohingya berada di atas bot terbabit," katanya. Lebih 1,500 Rohingya sudah mendarat di Indonesia sejak November, menurut data dari agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR). Namun, kehadirannya mencetuskan permusuhan dan penolakan yang semakin meningkat dari kalangan penduduk ...

[Video] Lelaki bawa warga asing nekad bolosi sekatan, polis terpaksa lepas tembakan

Image
[Video] Lelaki bawa warga asing nekad bolosi sekatan, polis terpaksa lepas tembakan Sumber:  https://pakdin.my/158055 ... KUANTAN: Seorang lelaki yang memandu sebuah kenderaan utiliti sukan dan membawa 12 warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri berjaya ditahan polis selepas bertindak nekad meloloskan diri daripada sebuah sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Gambang, di sini hari ini. Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata tindakan suspek berusia 33 tahun yang memandu Nissan X-Trail itu menyebabkan polis melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar hadapan kenderaan itu yang akhirnya berhenti selepas satu kilometer akibat tayar pancit. "Suspek sebelum itu dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR berkaitan Operasi Samseng Jalanan di Kilometer 200 lebuh raya itu dan menggunakan lorong kecemasan untuk melarikan diri sebelum cuba memasuki semula lorong laju sehingga hampir melanggar anggota polis ...

[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan

Image
[Video] Op Sapu: Jabatan Imigresen Gempur Penempatan PATI, 93 di tahan Sumber:  https://pakdin.my/157974   ..... Jabatan Imigresen telah menahan 93 warga asing termasuk bayi dan kanak-kanak dalam satu serbuan di Kampung Pantai Dalam awal pagi tadi. Antara kesalahan yang dikesan, tinggal lebih masa dan tiada dokumen perjalanan. Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, operasi Imigresen Kuala Lumpur bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu menahan 93 warga asing terdiri daripada 47 lelaki, 33 wanita, 10 kanak-kanak lelaki serta tiga kanak-kanak perempuan berusia antara satu hingga 60 tahun. Serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu selepas menerima aduan daripada penduduk setempat. Katanya, kebanyakan PATI yang ditahan bekerja sebagai buruh binaan, tukang cuci dan mengambil upah membuat kuih. “Siasatan awal mendapati PATI menyewa rumah terbabit pada harga RM200 hingga RM300 sebulan untuk satu bilik di kawasan itu,” katanya. Beliau berka...