Posts

Showing posts with the label Mabuk

[VIDEO] Pemandu mabuk rempuh tiga penunggang berteduh di NKVE

Image
[VIDEO] Pemandu mabuk rempuh tiga penunggang berteduh di NKVE BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165622 PETALING JAYA – Gara-gara memandu ketika mabuk, tiga nyawa penunggang motosikal melayang manakala tiga lagi cedera akibat dirempuh sebuah kereta Honda di Kilometer 19.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Selatan, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan berkenaan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta dan enam buah motosikal sekitar pukul 6.50 pagi. Menurut Fakhrudin, siasatan awal mendapati ketika kejadian kereta Honda City berkenaan dipandu oleh lelaki warga tempatan dan dalam perjalanan dari Kuala lumpur ke Cyberjaya. “Kereta yang dipandu lelaki berusia 26 tahun terbabit telah hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar enam penunggang motosikal yang sedang berteduh dari hujan di bawah jejambat. “Tiga penunggang motosikal adalah lelaki berusia 19 hingga 37 tahun dis

[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak

Image
[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163525 Berang cintanya ditolak, seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai menjual telefon pintar sehingga kerugian kira-kira RM100,000 di Langkap dekat Teluk Intan petang semalam 15 April 2023. Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata anggota Balai Polis Langkap menerima laporan kejadian pada 3.19 petang daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang bekerja di kedai telefon berkenaan. Beliau berkata dalam laporannya, wanita berkenaan menyatakan lelaki berusia 54 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu datang ke premis itu pada 2.30 petang lalu mengamuk sehingga mencederakan wanita berkenaan serta melemparkan kata-kata berunsur lucah. Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu turut mengancam keselamatan wanita itu dengan mengugut akan membakar wanita berkenaan dan premis itu. “Disebabkan terlalu takut, wanita berkenaan bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan. Semasa l

Kerana cemburu suami mencekik isteri dan tidur di sebelah mayatnya sepanjang malam

Image
Kerana cemburu suami mencekik isteri dan tidur di sebelah mayatnya sepanjang malam BACA seterusnya di https://pakdin.my/161219 Seorang lelaki Thai yang dalam keadaan mabuk mencekik isterinya dan tidur di sebelah mayatnya pada malam Selasa (20 Disember) di wilayah Udon Thani di timur laut Thailand. Dia berkata dia tidak tahu isterinya sudah mati. Pada 10 pagi Rabu (21 Disember), pegawai dari Balai Polis Mueang Udon Thani dimaklumkan bahawa seorang suami membunuh isterinya di kediaman pekerja binaan di daerah Kak Khaeng. Polis menemui Neramit, atau "Tum," yang berusia 46 tahun sedang duduk di tepi jalan menunggu untuk menyerah diri kepada polis. Di dalam rumah kongsi satu tingkat itu, polis menemui mayat Bee (nama samaran) berusia 34 tahun dalam keadaan terlentang di bawah selimut di atas katil. Pegawai forensik menganggarkan bahawa Bee meninggal dunia sekitar 10 jam sebelum itu. Sambil menangis, Neramit mencium pipi isterinya buat kali terakhir sebelum mengaku kepada polis bah

[Video] Gadis terjun sungai kerana putus cinta

Image
[Video] Gadis terjun sungai kerana putus cinta Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158340    JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja perempuan nekad terjun ke dalam sebatang sungai di Desa Balongdowo, Jakarta Timur kerana putus cinta, lapor laman berita Suara.com. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terangmedia. Rakaman menunjukkan seorang remaja perempuan terjun ke dalam sungai sambil menjerit dan menangis tanpa mahu dibantu penduduk sekitar. Dia dikatakan berada di bawah pengaruh alkohol dan disyaki putus cinta dengan teman lelakinya. “Punca kejadian masih belum diketahui. Menurut maklumat, dia menangis sambil menjerit nama teman lelakinya berkali-kali,’’ demikian kapsyen pada klip video berkenaan. Penduduk setempat berkumpul di kawasan tersebut untuk memberikan bantuan, namun ditolak oleh mangsa. Sebaliknya, ada antara mereka yang merakamkan situasi berkenaan. Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Cinta tak

Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari

Image
Suspek samun kedai serbaneka direman lima hari Seterusnya:  https://pakdin.my/158226 ... KLANG - Seorang lelaki direman lima hari bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini pada Selasa. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, perintah reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Klang pada Khamis. Katanya, suspek yang berumur 45 tahun itu diberkas pada Selasa kira-kira jam 12.30 tengah hari di Bandar Puteri, Klang. "Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Klang dan dikenakan reman selama lima hari bagi siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu. Pada Ahad, seorang penjaga kaunter kedai serbaneka di Taman Sentosa, di sini berdepan detik cemas selepas diugut suspek dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari. Remaja perempuan berusia 19 tahun itu didatangi suspek dalam keadaan mabuk dan telah meminta wang dengan alasan dirinya dirompak sebelum mengeluarkan senjata gergaji

[Video] Detik cemas disamun lelaki mabuk

Image
[Video] Detik cemas disamun lelaki mabuk SUMBER:  https://pakdin.my/158207 ... KLANG: Seorang remaja perempuan berdepan detik cemas apabila diacu dengan gergaji kecil ketika sedang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Taman Sentosa, Klang. Difahamkan, suspek adalah lelaki tempatan dan dalam keadaan mabuk ketika memasuki kedai berkenaan. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian sekitar jam 12.08 tengah hari itu, mangsa yang berusia 19 tahun sedang bekerja sendirian di kedai serbaneka itu sebelum didatangi suspek. "Suspek meminta wang daripada mangsa dengan alasan dirinya dirompak bagaimanapun remaja terbabit memaklumkan kedai berkenaan tidak ada wang. "Lelaki berkenaan kemudian bertindak mengeluarkan senjata iaitu gergaji kecil dan mengacukan kepada mangsa. Susulan takut dicederakan, mangsa membuka laci tempat simpanan duit dan menyerahkan kepada suspek," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, susulan kejadian

[Video] Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan

Image
[Video] Pemandu wanita punca konvoi kereta mewah berhenti tengah lebuh raya ditahan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157378 - KULAI: Pemandu trak pikap Ford Ranger yang memotong secara 'zig-zag' sehingga berlaku pelanggaran konvoi kereta mewah di Kilometer 34 Lebuh Raya Utara Selatan dekat sini, Jumaat lalu ditahan polis hari ini. "Wanita itu direman tiga hari hingga 23 Mac ini selepas perintah reman daripada Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin. "Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. Semalam polis percaya tindakan pemandu trak pikap yang memotong secara berbahaya menjadi punca konvoi terbabit memberhentikan kenderaan mereka di tengah jalan Lebuh Raya Utara Selatan dalam kejadian pada 18 Mac lalu. Insiden itu turut tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit 14 saat yang memaparkan beberapa kenderaan mewah berhenti di tengah lebuh raya dan menghalang laluan kenderaan la