Posts

Showing posts with the label Terbuka Switzerland

Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland

Image
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162907 Impian beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, untuk meraih gelaran pertama di pentas final Kejohanan Terbuka Switzerland di Basel tidak kesampaian, selepas tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.  Selepas menamatkan cabaran di kedudukan kedua pada kejohanan sama pada edisi lepas, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan keenam kejohanan terpaksa akur, apabila penampilannya pada musim ini disekat Jiang Zhen dan Wei Ya dengan kemenangan 21-17, 19-21, 21-17 dalam tempoh 60 minit di St. Jakobshalle. Pada set pertama, Soon Huat-Shevon yang berada pada kedudukan ke-11 dunia tampak bertenaga untuk memberi saingan sengit kepada pasangan China itu, namun tidak dapat menandingi kehebatan mereka apabila ditundukkan 17-21. Pasangan Malaysia itu yang memulakan set kedua dengan perlahan apabila ketinggalan 14-16 kembali memperkemas

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland

Image
Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Switzerland BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162805 Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia semakin hampir meraih gelaran pertamanya musim ini selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Switzerland, sebentar tadi. Tampil sebagai pilihan kedua, Zii Jia menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah untuk menewaskan pemain Taiwan, Lee Chia Hao 21-12, 21-17 pada aksi suku akhir yang berlangsung di St Jakobshalle di Basel. Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia berjaya melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan yang menyingkirkannya ketika pusingan kedua Terbuka Jerman, dua minggu lalu. Zii Jia dijangka tidak berdepan masalah besar untuk beraksi di pentas final pertama dan memburu gelaran pertamanya musim ini apabila dijadual bertemu pemain daripada pusingan kelayakan dari Jepun, Koki Watanabe. Selepas mengharungi lima kejohanan sebelum ini, pencapaian terbaik Zii Jia adalah mara sehingga ke separuh akhir Seluruh England minggu lalu