Posts

Showing posts with the label Bubar DUN

MB Aminuddin, Boleh Tunjuk Proklamasi Pembubaran DUN Semalam? Jom Kita Baca Sama-Sama

Image
  Hai, MB!   Pertama sekali, saya nak ucap terima kasih sebab sudi layan rakyat macam saya yang suka bertanya. Tapi semalam (4 Jun 2026), tersiar berita DUN Negeri Sembilan dibubarkan. Ada satu benda yang bermain di fikiran saya sejak malam tadi, sambil hirup kopi dan belek-belek telefon. Boleh tunjuk tak proklamasi pembubaran DUN semalam ? Saya bukan nak buat hal, cuma rindu nak tengok dokumen rasmi yang cantik tu. Lagi satu, kalau ikut proklamasi pembubaran DUN tahun 2023 dulu, ada ungkapan keramat:   “and on behalf of the ruling chiefs” — iaitu “dan juga bagi pihak Undang Yang Empat ” .   Saya tertanya-tanya, dalam proklamasi semalam, ada tak ayat tu? Atau kali ini lain sikit? Sebab, kita tahu Negeri Sembilan ni lain daripada negeri lain. Kita ada sistem Raja Berperlembagaan tersendiri, dengan Yang di-Pertuan Besar dan Undang Yang Empat sebagai tonggak. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri pun ada sebut peranan mereka. Jadi bukan calang-calang nak...

Dewan Negeri Johor Ke-15 dibubarkan berkuat kuasa hari ini bagi beri laluan PRN

Image
  Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim yang ke-15 secara rasmi dibubarkan berkuat kuasa hari ini, Isnin, 1 Jun 2026. Pembubaran tersebut dilakukan bagi memberi laluan kepada proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang baharu, tertakluk kepada ketetapan tarikh rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia . Mendapat Perkenan Pemangku Sultan Johor Menteri Besar Johor dalam satu kenyataan khas memaklumkan bahawa beliau telah menghadap Pemangku Sultan Johor, Duli Yang Amat Mulia Tengku Mahkota Ismail , pada hari ini bagi menyembah maklum mengenai perkara tersebut. "Atas titah perkenan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Watikah Pembubaran Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim yang ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa pada hari ini, 1 Jun 2026. Pembubaran ini adalah selaras dengan peruntukan Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 ," jelas beliau. Demi Kestabilan Kerajaan dan Bangsa Johor Menurut Menteri Besar, keputusan pem...

#PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Image
  #PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153698 ] JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. "Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.

#PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor

Image
  #PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor [Sumber: https://pakdin.my/?p=153688 ] JOHOR BAHRU: Menteri Besar Hasni Mohammad bergegas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas selesai mesyuarat Umno negeri sebentar tadi. Hasni ketika ditemui media berkata beliau sudah mendapat persetujuan daripada Umno Johor untuk mengadakan pilihan raya negeri. “Saya akan buat sidang media pada 6 petang ini, kerana saya akan bermesyuarat dahulu dengan barisan Exco kerajaan negeri dan selepas itu melakukan pertemuan bersama Baginda Sultan Ibrahim. “Semua akan dijelaskan pada 6 petang ini, yang utama saya sudah mendapat consent (persetujuan) oleh Umno untuk adakan PRN,” katanya ringkas. Sebentar tadi Hasni mempengerusikan mesyuarat Umno peringkat negeri dihadiri semua 26 ketua bahagian yang berlangsung selama sejam. Pemimpin yang dilihat hadir ialah Shahrir Samad, Azalina Othman Said, Hishammuddin Hussein, Dr Adham Baba, Mohamed Khaled Nordin ...

PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Image
  PRN Johor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri [Sumber: https://pakdin.my/?p=153559 ] Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad tetap berpegang teguh dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor tentang keperluan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Beliau tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menasihatkan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Alhmarhum Sultan Iskandar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus mengadakan PRN. “Saya rasa justifikasi untuk mengadakan PRN itu lebih penting kerana kita mempunyai peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Udang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. “Justeru, pihak-pihak tertentu tidak perlu bimbang, saya akan berpegang teguh kepada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perkhidmatan Penghantaran AirAsia Super App di Johor Bahru City Square, di sini baru-baru ini. Menteri Besar menambah, seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa pihakny...

DUN Johor bubar Ahad ini?

Image
  DUN Johor bubar Ahad ini? [Sumber: https://pakdin.my/?p=153585 ] SPEKULASI mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hampir pasti apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dikatakan akan dibubar Ahad ini. Sumber dalaman Umno mengesahkan surat permohonan pembubaran DUN oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad telah dihantar kepada pejabat Speaker DUN. “Kemungkinan bubar Ahad. Surat pun sudah sampai ke pejabat Speaker,” kata sumber kepada Malaysiapost. Malaysiapost juga turut dimaklumkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi membincangkan perkara itu. “SPR telah berjumpa MB Johor bagi membincangkan persiapan PRN. “Difahamkan juga permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana,” katanya lagi. Sebelum ini beberapa portal melaporkan mengenai desas-desus mengenai pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN. Spekulasi mengenai PRN Johor bertiup kencang selepas kematian bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian yang ...