Semua penumpang, anak kapal pesawat JAL selamat dari kebakaran di lapangan terbang Tokyo
Semua penumpang, anak kapal pesawat JAL selamat dari kebakaran di lapangan terbang Tokyo https://pakdin.my/174761/ TOKYO – Sebuah jet Japan Airlines terbakar di lapangan terbang Haneda Tokyo pada Selasa selepas kemungkinan berlaku pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai, dengan syarikat penerbangan itu. Syarikat penerbangan itu berkata bahawa kesemua 379 penumpang dan anak kapal telah selamat dipindahkan. Rakaman langsung di penyiar awam NHK menunjukkan pesawat itu terbakar selepas berlaku perlanggaran di landasan dan kru penyelamat berusaha untuk mengawal kebakaran. Pengawal Pantai berkata ia sedang menyiasat kemungkinan salah satu pesawatnya bertembung dengan jet penumpang itu. Lima daripada enam krew pesawat pengawal pantai itu tidak dapat dikesan, manakala seorang berjaya menyelamatkan diri, lapor penyiar awam NHK. Jurucakap Japan Airlines berkata pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Shin-Chitose di pulau utara Hokkaido. Haneda telah menutup semua landasan selepas kej...