Posts

Showing posts with the label Kata Politik

'Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat' - Shahrir

Image
'Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat' - Shahrir Sumber:  https://pakdin.my/158090 ... Tidak mudah untuk kerajaan membentang dan meluluskan rang undang-undang lompat parti memandangkan jemaah menterinya turut terdiri daripada "katak politik," sindir veteran Umno, Shahrir Samad. Dia berkata 39 ahli parlimen yang berada di Dewan Rakyat ketika ini terdiri daripada mereka yang telah lompat parti. "Tidak mudah bagi sebuah kerajaan yang jemaah menterinya terdiri juga dari mereka yang pernah lompat parti untuk bersetuju dengan tafsiran 'lompat parti' atau 'katak politik'. "39 ahli parlimen dalam parlimen ke-14 pernah lompat keluar dari parti asal mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-14. "Kerana mereka lompat, sama ada mereka tidak didakwa ataupun mereka dapat jawatan yang lebih baik dari semasa mereka berada dalam parti asal mereka," katanya pada satu hantaran di Facebooknya, hari ini. Semalam, Malaysiakini yang mem...