Posts

Showing posts with the label Angin

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut

Image
[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162827 BAGAN SERAI – Sebanyak enam buah khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu, Bagan Serai rosak akibat dibadai angin ribut kira-kira pukul 2.30 petang 25 Mac 2023. Peniaga, Salina Che Tahe, 42, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan kaki lima sebuah kedai di tapak bazar tersebut. “Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin. Ada antara khemah tersebut patah besi dan koyak.” ketika ditemui di tapak bazar ramadan Alor Pongsu di sini hari ini. Seorang lagi peniaga, Robitah Razak, 37, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah dihubungi oleh jiran niaganya. “Sebaik tiba di lokasi, saya lihat dua buah khemah di tapak saya seolah-olah runtuh separuh kerana besinya patah, manakala barangan niaga masih dalam keadaan selamat,” katanya. Menurutnya, khemah berniaga di kawasan itu  disew...

[Video] Gondola berpusing akibat angin kencang cetus suasana cemas

Image
[Video] Gondola berpusing akibat angin kencang cetus suasana cemas BACA seterusnya di:  https://pakdin.my/155196 KUALA LUMPUR: Kejadian sebuah gondola bersama beberapa pekerja terbuai dan berpusing-pusing beberapa minit akibat angin kencang di luar sebuah bangunan pencakar langit di Jalan Kamuning di sini, hari ini, mencemaskan orang ramai. Menerusi beberapa rakaman video kejadian itu yang tular, beberapa individu di dalam gondola itu dilihat cuba mengimbangkan diri dalam gondola yang berpusing-pusing dan turut menghentam struktur bangunan. Kejadian itu jelas mendatangkan cemas kepada orang ramai yang melihat kejadian sebelum kedengaran suara perakam meminta pasukan bomba dihubungi untuk membantu mangsa. Dalam pada itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menggerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan MERS999 pada jam 3.56 petang. Bagaimanapun, sebaik pasukan b...