Posts

Showing posts with the label PRN 15

BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi - Azalina

Image
BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166766 1. Tahniah diucapkan kepada Presiden UMNO/Pengerusi Barisan Nasional serta kepimpinan BN atas kejayaan wakil rakyat BN dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di tiga negeri, terutama di Pulau Pinang dan Selangor; di mana Barisan Nasional sebelum ini berada di blok pembangkang sejak 2008.  2. Ujian pertama telah selesai dan sekarang, kita melangkah masuk ujian kedua iaitu bekerjasama dalam pentadbiran negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.  3. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya membaca dengan teliti semua pandangan-pandangan serta teguran-teguran yang dilontarkan semua pihak, tak kira dari dalam parti mahupun luar parti, kerana kita tahu, sebagai parti yang ditubuhkan sejak 1946, ini satu manifestasi bahawa ramai yang sayang pada parti ini.  4. Inilah amalan demokrasi dalam parti di mana setiap ahli boleh beri pandangan. Tetapi da