Posts

Showing posts with the label Bot

Dua beranak paut tong ikan 11 jam

Image
Dua beranak paut tong ikan 11 jam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165649 KUALA LANGAT – Dua beranak yang juga nelayan menempuh detik getir apabila berpaut pada penutup tong ikan lebih 11 jam selepas bot mereka karam di sekitar perairan Kuala Langat di sini, semalam. Kedua-dua lelaki itu dikenali sebagai Asmadi Saiman, 60, dan anaknya, Mohd. Aslan Asmadi, 34, itu berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pukul 2 petang tadi. Pengarah Maritim Selangor, Kapten Maritim V. Siva Kumar berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat daripada Sistem Pengurusan Pengesanan Kapal (VTMS) di Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) mengenai dua nelayan hanyut yang telah diselamatkan sebuah bot tunda. “Dua beranak itu keluar dari Jeti Kancung Laut dengan menaiki sebuah bot, kira-kira pukul 5 petang semalam, namun bot mangsa karam akibat dipukul ribut kira-kira pukul 3.15 pagi tadi. “Mereka yang memakai jaket keselamatan kemudian ditemukan bot tunda dan berpaut pada penutup tong ika