Posts

Showing posts with the label Gila Talak

Bekas laki bini ‘gila talak’ dicekup khalwat

Image
Seorang lelaki memberi pelbagai alasan termasuk mahu berjumpa dengan anak ketika ditangkap khalwat di rumah bekas isterinya di Kempas, Johor, di sini awal pagi 4 Ogos 2025. Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu turut memberi alasan meminta bekas isterinya mencuci pakaian selain tumpang makan malam ketika dicekup pada pukul 1 pagi. JAINJ memaklumkan, pihaknya mendapat aduan daripada orang awam tentang pasangan tersebut sebelum bergegas membuat pemeriksaan. “Pemeriksaan penguat kuasa JAINJ menemui seorang wanita dan lelaki berusia 30-an dalam rumah sama. Hubungan mereka sebelum ini adalah suami isteri dan sudah bercerai talak satu setahun yang lalu. “Turut ditemui dalam rumah adalah seorang anak yang sudah besar. Apabila ditanya apa tujuan datang, lelaki itu mengatakan minta tolong isteri basuh baju dan tumpang makan malam selain nak jenguk anak,” menurut kenyataan itu. Menurut kenyataan JAINJ itu, penguat kuasa terbabit turut menasihatkan pasa...

Pas seperti ‘gila talak’ – Ahmad Zahid

Image
Pas seperti ‘gila talak’ – Ahmad Zahid BACA di: https://pakdin.my/174025/ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengganggap Pas seperti ‘gila talak’ susulan ajakan parti itu untuk mewujudkan semula kerjasama. Ahmad Zahid berkata, UMNO setakat ini belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan parti Pas. “Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang. “Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (penipuan) sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tidak langsung mahu membuka jalan setakat ini. “Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini, hari ini. Sebelum ini, Timbalan Preside...