Posts

Showing posts with the label Kuala Kubu Bharu

Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan

Image
Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan https://pakdin.my/174770/ SHAH ALAM – Seorang bekas hakim yang sebelum ini dipenjara enam bulan dan denda RM25,000 atas kesalahan rasuah enam tahun lalu, bernasib baik apabila hukumannya itu dikurangkan kepada penjara sehari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Tinggi. Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Julai 2022, membenarkan rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, 50, selaku perayu untuk mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 19 Oktober tahun yang sama. Bagaimanapun dalam rayuan itu, perayu hanya berjaya mengurangkan hukuman namun gagal mengetepikan sabitan bersalah atas pertuduhan tersebut. Menerusi alasan penghakiman yang dikeluarkan Hakim, Hasbullah Adam pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat keputusan Mahkamah Sesyen berhubung sabitan salah (no sufficient ground for interfering) tersebut menurut seksyen 3

Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor

Image
Polis terima 4 laporan penampakan harimau belang di Hulu Selangor BACA seterusnya di: https://pakdin.my/167151/ Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penampakan seekor harimau belang yang berkeliaran di sekitar kawasan Batang Kali, Goh Tong Jaya, Kuala Kubu Bharu dan Serendah. Timbalan Ketua Polis Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) mengenai perkara itu supaya mereka dapat mengambil tindakan awal untuk memastikan keselamatan masyarakat setempat terjamin. "Perhilitan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seekor harimau yang dikatakan berkeliaran, dengan memasang beberapa kamera untuk mengenal pasti kedudukan haiwan itu," katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu ketika dihubungi Bernama, Mohd Asri berkata, beberapa orang awam mendakwa ada melihat sendiri dan mendengar haiwan itu mengaum di kawasan sekitar chalet milik seorang pemp
Image
[VIDEO] Kejadian kepala air Pertak: Mangsa kedua lemas ditemui BACA seterusnya: https://pakdin.my/165996 HULU SELANGOR: Seorang lagi mangsa kejadian kepala air di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu di sini ditemui lemas, malam ini. Mayat wanita berusia 52 tahun yang juga warga tempatan ditemui anggota bomba jam 10.20 malam. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata mangsa kedua itu dijumpai di celah batu pada jarak 50 meter daripada mangsa pertama. Artikel berkaitan: https://pakdin.my/165962/ Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamadul Ehsan berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa ditamatkan sepenuhnya jam 11 malam. Terdahulu, media melaporkan seorang wanita ditemukan lemas manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian itu. Susulan itu, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomb

[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak

Image
[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165962 HULU SELANGOR: Wanita ditemukan lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini Rabu 21 Jun 2023. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejar ke lokasi sebaik dimaklum kejadian pada 5.30 petang. "Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan dua wanita dengan identiti tidak dikenal pasti. "Mereka dipercayai hanyut dibawa arus deras (kepala air) ketika mandi di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan menerusi kaedah pencarian di permukaan dengan pasukan dipecah kepada dua kumpulan yang menyusuri Sungai Pertak. "Semasa SAR dijalankan, s

Wanita warga emas meninggal dunia sendirian

Image
Wanita warga emas meninggal dunia sendirian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163559 KUALA KUBU BHARU: Panggilan tidak bersahut merungkaikan penemuan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.59 petang itu, rumah mangsa didatangi adik iparnya. "Adik ipar mangsa memanggil mangsa berulang kali namun tidak bersahut sebelum menemui mangsa yang dalam keadaan terbaring di dalam biliknya. "Adik ipar mangsa kemudian menghubungi pihak hospital memaklumkan berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. Katanya, mangsa berumur 60 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang hadir ke lokasi. "Siasatan dijalankan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian. "Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebag

Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking

Image
Kereta terbalik, remaja putus jari kelingking BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162769 Hulu Selangor: Seorang remaja lelaki putus jari kelingking selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Rasah menghala Ampang Pecah, dekat Kampung Napi, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.44 petang. Menurutnya, sepasukan enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian. "Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu remaja lelaki berusia 17 tahun. VIDEO berkaitan: "Kenderaan mangsa dipercayai terbabas melanggar pembahagi jalan lalu terbalik," katanya ketika dihubungi, hari ini. Morni berkata, mangsa bagaimanapun bertindak keluar sendiri daripada keretanya sebelum bomba tiba di tempat kejadian. Beliau berkata, selain jari kelingking putus, mangsa juga c

Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai

Image
Ibu tidak pulang, mayat ditemui dalam sungai BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160656/ HULU SELANGOR – Kebimbangan seorang anak selepas ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu terjawab apabila lelaki terbabit menemui mayat wanita itu dalam sungai di hadapan sekolah agama sekitar Kuala Kubu Bharu di sini tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, anak lelaki mangsa yang berusia 22 tahun itu menemui jasad ibunya di dalam sungai pada pukul 12 tengah hari tadi. “Sebelum ini, anak lelaki mangsa telah datang untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Kubu Bharu memaklumkan ibunya tidak pulang ke rumah sejak Isnin lalu. “Lelaki itu kemudian menemui mangsa yang telah meninggal dunia di tempat kejadian hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurut Suffian, hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 57 tahun. “Pemeriksaan forensik pula mendapati tiada unsur jenayah berla

[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak

Image
[Video] Peluncur udara maut, ditemukan tersangkut atas pokok balak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158280 ... HULU SELANGOR: Seorang lelaki warga Pakistan maut selepas mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti luncur udara (paragliding) di Bukit Batu Pahat, Kuala Kubu Bharu. Mangsa, Mohammad Farhad Khalid, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian setelah ditemukan tersangkut di pokok balak pada ketinggian 12 meter (m) di tepi cerun bukit. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata terdahulu mangsa yang dijumpai kira-kira jam 4.50 petang didapati patah kaki dan mengalami pendarahan. Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.56 petang, sebelum sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi. "Menurut laporan awal, akses ke pokok balak itu melalui trek 'hiking' sejauh 100m dari tapak 'take off' B