Posts

Showing posts with the label Annuar Musa

Pengarah syarikat didakwa tawar suapan agar Annuar Musa cepatkan pengambilalihan Menara KL

Image
Pengarah syarikat didakwa tawar suapan agar Annuar Musa cepatkan pengambilalihan Menara KL BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163167 Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur. Abdul Hamid Shaikh, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan suapan tersebut melalui Datuk Tan Ser Lay, 60, sebagai dorongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepatkan proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos 2022. Pertuduhan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihuku

Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa?

Image
Benarkan tiada tarikh tamat MoU seperti yang di katakan oleh Annuar Musa? Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159193   Dalam MoU ada di tulis 2. Tempoh masa       2.1 . Persefahaman ini hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke - 14.     3.1 . Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen SEBELUM 31 haribulan Julai 2022 . Jadi jika parlimen dibubarkan pada 1 Ogos 2022 bermakna tarikh tamat MOU ialah 31 Julai lah kan.? Menteri Komunikasi tapi komunikasinya mengelirukan rakyat. Kah kah kah.

Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar

Image
Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158274 ... "Apakah kandungan 'Pas Leak' dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen 'Pas Leak' bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan. Beliau sebaliknya mengganggap perkara tersebut perlu diambil serius. "Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,"katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu. 'Pas Leak' didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO tular di media sosial sebelum ini. Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) te

[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN

Image
[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN SUMBER:  https://pakdin.my/158183 Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya hairan kenapa kenyataan (cadangan) itu dikeluarkan oleh Annuar kerana pengerusi BN ketika ini adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, saya ingin jelaskan bahawa kita (UMNO) ada perlembagaan sendiri dan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan apron dan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Putrajaya, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan seb