Posts

Showing posts with the label Warga Emas
Image
🎦 Jeritan kuat wanita waktu maghrib rupanya dibunuh anak sendiri BACA di: https://pakdin.my/174125/ Jeritan minta tolong seorang wanita yang didengari jirannya merungkaikan penemuan pasangan warga emas mati dibunuh di sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala, di sini, hari ini. Menurut jiran, jeritan itu dipercayai daripada wanita yang dibunuh anak lelakinya kira-kira pukul 7 malam tadi. Katanya, pasangan yang dibunuh itu merupakan keluarga yang dikenali ramai penduduk di sini sekali gus menimbulkan suasana suram dalam kalangan penduduk. “Saya dengar jiran dia cakap mula-mula dengar jeritan minta tolong selepas itu terus senyap, kira-kira dalam waktu maghrib (7 malam). “Kedua-dua mangsa dengar ditemui dalam keadaan mengerikan, memang terkejut dengar kes bunuh macam ini.di sini tak pernah ada (pembunuhan) “Dekat sini orang ramai memang kenal dengan mangsa sebab selalu datang masjid dan dia orang lama di sini,” katanya. Difahamkan lelaki berusia lingkungan 40-an itu telah membunuh ibu ba

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Image
[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699 MUKAH – Seorang wanita warga emas berusia 80 tahun ditemukan rentung setelah terperangkap dalam rumah yang terbakar di Kampung Tutus Ulu, Jalan Mukah – Balingian pada tengah malam tadi 6 Jun 2023. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran kira-kira pukul 12.04 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi. “Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. “Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan. VIDEO berkaitan: Menjelas lanjut, rumah didiami seramai enam orang itu telah terbakar 90 peratus. Namun, beliau berkata seorang lelaki warga emas, tiga lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa berjaya keluar menyelamatkan diri manakala mangsa terperangkap. Katanya, pasukan bomba kemudian melakukan pemadaman mengguna

Wanita warga emas meninggal dunia sendirian

Image
Wanita warga emas meninggal dunia sendirian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163559 KUALA KUBU BHARU: Panggilan tidak bersahut merungkaikan penemuan seorang wanita warga emas yang meninggal dunia di rumahnya di Kampung Dagang Setia, Kuala Kubu Bharu, di sini, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.59 petang itu, rumah mangsa didatangi adik iparnya. "Adik ipar mangsa memanggil mangsa berulang kali namun tidak bersahut sebelum menemui mangsa yang dalam keadaan terbaring di dalam biliknya. "Adik ipar mangsa kemudian menghubungi pihak hospital memaklumkan berkaitan kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. Katanya, mangsa berumur 60 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang hadir ke lokasi. "Siasatan dijalankan pihak polis mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian. "Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebag

[Video] Dua lelaki samun warga emas

Image
[Video] Dua lelaki samun warga emas Sumber:  https://pakdin.my/157621 = Jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita ini sememangnya merisaukan, Mana tidanya, kita tidak menyedari bila kita diperhatikan dan akan menjadi mangsa seterusnya. Bukan itu sahaja, sikap yang tidak berperikemanusiaan yang ada pada penjenayah ini sememangnya menakutkan kerena mereka mampu mencederakan tanpa belas. ------------------- Dalam satu video tular di laman Facebook dimuat naik oleh Sukan Star TV memaparkan detik cemas seorang warga emas yang menjadi mangsa samun. Menerusi rakaman tersebut dapat dilihat dua orang lelaki datang menaiki motosikal sedang mengheret tangan seorang wanita di tengah jalan. Dalam keadaan tergesa-gesa, dua lelaki berkenaan yang memakai topi keledar menyentap dan melarikan gelang tangan tersebut sambil disaksikan seorang wanita sebelum melarikan diri menaiki sebuah motosikal. Difahamkan kejadian tersebut berlaku di kawasan Bandar Tun Razak Cheras. Menjengah ke ruangan kome