Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat
Penggunaan ICU, katil hospital, PKRC di Kelantan meningkat [Sumber: https://pakdin.my/?p=154912] KOTA BHARU: Peningkatan kes COVID-19 di Kelantan sejak dua minggu lalu menyebabkan penggunaan unit rawatan rapi (ICU), katil hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) meningkat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin, berkata penggunaan ICU untuk pesakit COVID-19 adalah 47 peratus, diikuti katil hospital bukan kritikal adalah 84 peratus dan PKRC sebanyak 63 peratus. Katanya, peningkatan ini disebabkan ada kes individu yang positif COVID-19 dalam kategori 3, 4 dan 5. "Namun, kes bagi ketiga-tiga kategori itu tidak membimbangkan kerana kebanyakan kes yang positif COVID-19 harian adalah dalam kategori 1 dan 2. "Kebanyakan pesakit juga hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan kepada individu yang lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Dr Zaini berk...