Posts

Showing posts with the label Denai Merinding

Pengembara tersesat di Denai Merinding Labuan berjaya diselamatkan

Image
  Anggota penyelamat berjaya menemukan dan membawa pulang sembilan sekeluarga yang sesat semasa melakukan aktiviti kembara di MTB Park, Bukit Merinding di sini hari ini. Keluarga itu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sesat semasa melalui Denai Kembara Merinding Labuan, kira-kira 6 petang tadi semasa cuaca buruk dengan hujan lebat dan ribut petir serta keadaan yang gelap. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan Ismaidi Ismail berkata pengembara sekeluarga itu dikenali sebagai Nizam Laile Suriani, 36; Siti Nurlina, 27; Khairul Nazmi, 27; Muhammad Adib Akil, tiga; Hanif Ikhwan Azwan, lapan; Muhammad Fitri Azami, sembilan; Muhammad Faiz Hazimi, 12; Muhammad Faris Hakimi, 15; dan Adam Mukhriz, 15. Baca seterusnya: https://tvrakyat.asia/114270/