Posts

Showing posts with the label MTB

PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita

Image
PKBM terima laporan gangguan seksual atlet berbasikal wanita BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163030 Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) Datuk Abu Samah Abd Wahab, mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes gangguan seksual membabitkan seorang pelumba wanita negara, bagi acara berbasikal bukit (MTB). Atlet wanita berusia 20-an itu yang membuat laporan polis pada semalam, mendakwa mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya sendiri, semasa menjalani latihan bersama pasukan. Abu Samah berkata susulan laporan polis dibuat, pihaknya telah mengambil tindakan serta merta menggantung jurulatih berkenaan, bagi membantu siasatan lanjut. “Saya mengesahkan sememangnya terdapat laporan berkaitan seorang pelumba basikal wanita mengalami gangguan seksual daripada jurulatihnya, baru-baru ini. “PKBM menyerahkan siasatan lanjut kepada polis dan dalam masa sama menggantung jurulatih itu bagi memberi ruang kepada jawatankuasa disiplin badan induk berbasikal negara,