Posts

Showing posts with the label Akta Perkhidmatan Kewangan

[VIDEO] Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen

Image
[VIDEO] Wanita mengaku tidak bersalah terima deposit tanpa lesen BACA seterusnya: https://pakdin.my/166037 SHAH ALAM  -- Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima deposit tanpa lesen sebanyak RM28,000, tahun lepas. Nurshafeza Jamaludin, 36, didakwa menerima wang itu daripada seorang wanita, tanpa lesen yang sah sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013. Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah unit apartmen di Puchong antara 22 Okt 2022 dan 1 Dis 2022. Pertuduhan di bawah Seksyen 137 (1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 137 (2) akta yang sama iaitu penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak lebih RM50 juta atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yong Ching Hong manakala tertuduh diwakili peguam Shahrin Satheer. Hakim Muhamad Anas Mahadzir menetapkan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin dan sebutan sem