Posts

Showing posts with the label Shahrir Samad

Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad

Image
Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad BACA seterusnya di: https://pakdin.my/161248 Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menggesa pihak berkuasa menyiasat Tommy Thomas atas dakwaan melakukan pendakwaan politik, susulan keterangan saksi di mahkamah pada Jumaat membabitkan bekas peguam negara itu. Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap. Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop dilaporkan berkata, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin untuk mendakwa Shahrir pada 15 Jan 2020. Puad berkata, keterangan pegawai penyiasat SPRM itu adalah bukti Thomas melakukan pendakwaan politik. Beliau turut mendakwa pemimpin Umno berdepan pendakwaan politik ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ketujuh. “Asalkan didakwa sudah. Tujuannnya

Pertuduhan terhadap Shahrir diteruskan walau tidak lengkap - Saksi

Image
Pertuduhan terhadap Shahrir diteruskan walau tidak lengkap - Saksi BACA seterusnya di https://pakdin.my/161236 Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersetuju dengan cadangan pihak pembelaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, bahawa Peguam Negara sebelum ini, Tan Sri Tommy Thomas mengarahkan dakwaan terhadap Tan Sri Shahrir Ab Samad diteruskan meskipun kertas siasatan belum lengkap. Penolong Penguasa Cawangan Sasaran Operasi Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Nurzahidah Yacop berkata demikian ketika perbicaraan kes Shahrir yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Saksi pendakwaan ke-22 (SP-22) itu berkata, kertas siasatan daripada Timbalan Pendakwa Raya telah diterima, yang mana izin mendakwa bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu diperoleh pada 15 Januari 2020. Nurzahidah, 35, juga bersetuju dengan cadangan peguam, Datuk Sy
Image
Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad Selanjutnya:  https://pakdin.my/158474   Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sewaktu Debat Perdana dengan Datuk Seri Najib Razak apabila ada yang mengkritik Shahrir kerana menggelarkan Anwar sebagai retorik ketika debat tersebut. “Saya jawab dengan mengambil satu contoh sahaja iaitu mengenai pandangan Anwar bahawa urustadbir dan intergriti adalah suatu yang penting dan untuk memastikan badan-badan penting kerajaan tidak disalahurus, kenalah buat audit forensik,” kata Shahrir menerusi posting di Facebooknya. Beliau berkata, Anwar menjawab isu berkenaan dengan menyebut mengenai Tabung Haji dan FELDA sebagai contoh kepincangan yang berlaku ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan kedua-dua syarikat itu diaudit oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Audit yang dilakukan pada waktu

Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan

Image
Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan SUMBER:  https://pakdin.my/158188 ..... Akar umbi UMNO lebih mengenali perwatakan setiap pemimpin parti dan tidak mudah dikelirukan, tegas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad. “Kami (akar umbi) sangat mengenali perwatakan setiap pemimpin parti, dari mereka yang menangi sehingga kepada mereka yang kalah dalam pertandingan parti,” bidasnya. Beliau berkata demikian susulan daripada kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan sebagai pengerusi BN. “Bila yang menang cakap, kami anggap ia dicakapkan dengan penuh tanggungjawab. Bila yang tak menang tu bercakap, kami dengar dengan teliti,” katanya menerusi catatan di Facebook. Terdahulu, Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana i

'Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat' - Shahrir

Image
'Menteri pun katak politik, susah nak lulus RUU antilompat' - Shahrir Sumber:  https://pakdin.my/158090 ... Tidak mudah untuk kerajaan membentang dan meluluskan rang undang-undang lompat parti memandangkan jemaah menterinya turut terdiri daripada "katak politik," sindir veteran Umno, Shahrir Samad. Dia berkata 39 ahli parlimen yang berada di Dewan Rakyat ketika ini terdiri daripada mereka yang telah lompat parti. "Tidak mudah bagi sebuah kerajaan yang jemaah menterinya terdiri juga dari mereka yang pernah lompat parti untuk bersetuju dengan tafsiran 'lompat parti' atau 'katak politik'. "39 ahli parlimen dalam parlimen ke-14 pernah lompat keluar dari parti asal mereka pada pilihan raya umum (PRU) ke-14. "Kerana mereka lompat, sama ada mereka tidak didakwa ataupun mereka dapat jawatan yang lebih baik dari semasa mereka berada dalam parti asal mereka," katanya pada satu hantaran di Facebooknya, hari ini. Semalam, Malaysiakini yang mem