Posts

Showing posts with the label TNB

[VIDEO] Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB

Image
[VIDEO] Kebakaran di Mid Valley Megamall libat bilik pencawang TNB BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164740 Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah Mid  Valley Megamall hari ini. Beberapa video tular di media sosial yang menunjukkan kepulan asap hitam keluar daripada bangunan itu. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (JBPM) ketika dihubungi mengesahkan kebakaran telah berlaku di pusat beli-belah itu. “Kebakaran itu melibatkan salah sebuah bilik pencawang Tenaga Nasional Berhad. Kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya. Sementara itu, pihak Mid Valley Megamall menerusi Facebook mengesahkan kebakaran itu berlaku di bilik pencawang TNB pusat beli-belah itu dan berjaya dikawal oleh Pasukan Tindak Balas Kecemasan.  https://youtu.be/Aso_OOUa9jg Pihak pusat beli-belah itu turut mengesahkan setakat 11.38 pagi, tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan oleh JBPM yang kini berada di lapangan menjalankan siasatan dan memastikan kese

[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik

Image
[VIDEO] TNB berusaha pulih bekalan elektrik Selanjutnya di:  https://pakdin.my/160134/   Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik yang dipercayai melanda hampir di seluruh negara. Facebook TNB memaklumkan, pihaknya sedang mengenal pasti punca kejadian “Pelanggan yang dihormati, ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan. “Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan. Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Terdahulu seluruh negara panik ekoran gangguan elektrik yang tiba-tiba terjadi sekitar 12.45 tengah hari sehingga menjejaskan operasi pejabat. Gangguan itu juga berlaku di Lembah Klang apabila kawasan tumpuan seperti KLCC juga terkesan dengan bekalan elektrik lebih 20 minit. Malah keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.