Cirit-birit antara simptom awal varian Omicron
Cirit-birit antara simptom awal varian Omicron [SUMBER: https://pakdin.my/?p=154532 ] NEGARA kini sudah berada sepenuhnya dalam gelombang baharu Covid-19 yang dicetuskan varian Omicron. Ia dibuktikan dengan peningkatan kes yang melonjak lebih 10,000 semalam. Lebih membimbangkan, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjangkakan, jumlah kes harian akan terus mencanak naik dan bakal mencecah 15,000 tidak lama lagi. Baca juga Kisah Dr Li Wenliang, wira pertama beri amaran Covid-19, genap 2 tahun meninggal dunia Sebenarnya, bukan sahaja Malaysia, lapor Nation Thailand, jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron mula mengancam 20 negara di Asia seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Pun demikian, perkara yang dirisaukan oleh pakar perubatan sedunia adalah pandangan bahawa Omicron tidak berbahaya seperti Delta. Persepsi itu nampaknya menyebabkan masyarakat tidak peka dengan situasi semasa. Bercakap mengenai varian Omicron, seorang Pakar Pulmonari dari Hospital Persahabatan,...