Posts

Showing posts with the label Sukan SEA

Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara?

Image
Pencapaian terburuk Malaysia di Sukan SEA 2023, ke mana hala tuju sukan negara? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164787 PHNOM PENH - Ke mana hala tuju arena sukan Malaysia? Persoalan itu pastinya berlegar-legar dalam fikiran bukan sahaja bagi peminat sukan tanah air, malah seluruh rakyat Malaysia susulan pencapaian terburuk kontinjen negara pada edisi ke-32 temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja yang akan melabuhkan tirai secara rasmi hari ini. Menamatkan cabaran dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan adalah pencapaian sangat mengecewakan bagi Malaysia sejak temasya sukan dwitahunan itu diperkenalkan pada 1959. Kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas saingan Sukan SEA Kemboja apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa. Lebih memalukan apabila Malaysia dengan 676 atlet berada di bawah Singapura, Filipina dan Kemboja. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZrfWzitfw6I Apa jua alasan atau rumusan akan diber...

Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA

Image
Pencapaian TERBURUK kontinjen Malaysia dalam sejarah Sukan SEA PHNOM PENH, 16 Mei (Bernama) -- Kontinjen Malaysia sekali lagi mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah Sukan SEA dengan menduduki tempat ketujuh dan gagal mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan sebelum ini pada edisi 2023 di Kemboja, malam ini. Pada hari semua acara pingat berakhir hari ini, pencapaian negara pada edisi ke-32  di sini lebih mengecewakan, malah lebih buruk ketika temasya sama di Hanoi, Vietnam, tahun lalu. Selepas temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirai, malam esok, kontinjen negara akan pulang dengan detik hitam di pentas Sukan SEA apabila hanya mengutip 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan. Malaysia mengakhiri cabaran pada kedudukan keenam keseluruhan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa di Hanoi, tahun lalu dan sebelum itu pada kedudukan sama pada edisi 1983 di Singapura. VIDEO berkaitan: https://youtu.be/ZrfWzitfw6I Lebih mengecewakan...

Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja

Image
Kem badminton negara gagal sumbang emas di Kemboja BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164665 PHNOM PENH  -- Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu emas pada temasya Sukan SEA Kemboja 2023 selepas wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin, tewas kepada pasangan Indonesia dalam aksi final, di sini, hari ini. Gandingan negara yang baru dibentuk beberapa hari lalu terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas akur dengan kebangkitan pasangan nombor 10 dunia, Rehan Naufaul Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati. Bagaimanapun,  Roy King-Su Yun bermula dengan langkah kanan dengan kemenangan tipis 22-20 pada set pertama tetapi gagal mengekalkan momentum pada set berikut dengan beberapa siri kesilapan sebelum pasangan Indonesia itu menheret perlawanan ke set rubber set dengan keputusan 8-21. Pada set penentuan aksi di Dewan Badminton Morodok Techo, di sini, Roy King-Su Yin mendahului 13-11 pada satu ketika sebelum Indonesia berjaya merampas p...
Image
Sukan SEA 2023: Hoki wanita hadiahkan emas terakhir Malaysia PHNOM PENH: Malaysia mengutip pingat emas terakhir dan ke-34 dalam Sukan SEA 2023 menerusi hoki padang wanita yang menumpaskan Thailand 4-1 pada perlawanan akhir, sebentar tadi. Begitupun dalam aksi di Stadium Hoki Morodok Techo itu, skuad negara cemas seketika apabila ketinggalan 0-1 menerusi jaringan padang Natthakarn Aunjai seawal minit keempat. Malaysia hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mengikat kedudukan apabila Siti Nur Arfah Mohd. Nor menyempurnkan pukulan sudut penalti pada minit keenam. Pemain pertahanan, Nuraini Abdul Rashid menggandakan jaringan buat negara pada suku kedua permainan setelah Malaysia diberikan pukulan stroke penalti oleh pengadil pada minit ke 18. Penguasaan Malaysia semakin menonjol dan kesempatan itu digunakan sebaik mungkin apabila Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad turut melakar nama sebagai penjaring setelah menyempurnakan peluang menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke 29 untuk kedu...

Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau

Image
Sukan SEA: Kimberly terkejut raih emas selepas fokus terjejas akibat silau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163949 PHNOM PENH  -- Di sebalik kegembiraan, penerjun muda negara Kimberly Bong terkejut mampu meraih pingat emas acara 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan SEA 2023 selepas mendominasi aksi final yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini hari ini. Penerjun berusia 20 tahun itu berkata ini kerana darjah kesukarannya pada saingan itu rendah berbanding pencabar negara lain, selain gagal mempamerkan prestasi terbaik susulan faktor silau yang menjejaskan tumpuannya. Susulan dua faktor itu, beliau tidak berjaya untuk sekurang-kurangnya menyamai rekod peribadi terbaik 280 mata selepas mengumpul 276.30 daripada keseluruhan lima terjunan. Bagaimanapun, atlet kelahiran Sarawak itu tetap gembira dengan keputusan berkenaan yang membolehkan beliau meraih emas pertamanya pada temasya sukan dwitahunan itu sejak membuat kemunculan pertama pada edisi 2017 di Kual...

Malaysia minat anjur Sukan SEA 2027

Image
  Malaysia minat anjur Sukan SEA 2027 [LINK:  https://pakdin.my/?p=153321 ] Malaysia menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah kepada Sukan SEA ke-34 pada tahun 2027 nanti. Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata demikian selepas Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) menghubungi MOM berhubung kebarangkalian menganjurkan temasya sukan itu susulan penarikan diri Brunei yang sepatutnya menjadi hos pada edisi berkenaan. “Mesyuarat telah bersetuju menghantar surat ‘Expression of Interest’ (tunjuk minat) ke SEAGF manakala MOM akan memanjangkan makluman ini kepada kerajaan dan perbincangan lanjut akan diadakan pada masa yang sesuai. Atas semangat friendship (persahabatan) bersama SEAGF, I think most likely we have a good chance to secure that (Saya rasa kami mempunyai peluang yang baik untuk mendapat hak penganjuran),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Eksekutif MOM kali ketiga s...