Posts

Showing posts with the label Angin Kencang

[VIDEO] Visual dramatik ribut di Mekah

Image
[VIDEO] Visual dramatik ribut di Mekah BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166968 - Arab Saudi dilanda ribut petir yang kuat dan angin kencang pada hari Selasa (22 Ogos) yang menyebabkan kerosakan teruk di seluruh negara. Ribut kuat juga berlaku di bandar Mekah dan Jeddah, serta beberapa wilayah lain. Banyak video dramatik ribut kuat dikongsi di platform media sosial yang menunjukkan kekuatan angin yang menggerunkan yang sangat kuat sehingga berjaya menanggalkan penghadang plastik yang berat. Pergerakan jemaah umrah yang hadir di Masjidil Haram Mekah turut diancam ribut dan angin kencang. Dari video yang dikongsikan menunjukkan kekuatan ribut sehingga menyebabkan keruntuhan tiang elektrik di Jalan Asfan, timur laut Jeddah. Dalam beberapa klip video, tiang elektrik dilihat tumbang di atas jalan raya. Laporan sebelum ini meramalkan Jeddah diselubungi ribut debu apabila awan debu tebal kelihatan memenuhi langit. Pusat Meteorologi Negara mengeluarkan amaran Pusat Meteorologi Kebangsaan

[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Image
[Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159598/ KANGAR: Hujan lebat berserta angin kencang sepanjang hari ini menyebabkan kira-kira 50 buah rumah di seluruh negeri ini terjejas teruk. Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor berkata, kebanyakan rumah mengalami kerosakan struktur serta bumbung diterbangkan angin kencang. Katanya, antara kawasan terjejas adalah seperti di Paya, Lubuk Sireh, Padang Pauh, Mata Ayer, Panggas, Kubang Perun, Ulu Pauh, Batu 5, Abi, Kurung Batang, Wang Besar dan Kuala Perlis. “Setakat ini, kita telah kenal pasti kira-kira 50 buah rumah yang terjejas akibat hujan lebat serta angin kencang sejak pukul 11 pagi ini. “Kebanyakan rumah yang terjejas itu adalah daripada aspek bumbung diterbangkan angin kencang dan dihempap pokok. “Kita akan segera menyelaraskan bantuan untuk kerja-kerja baik pulih rumah ini,” katanya di sini hari ini. Selain itu, puluhan pokok d

Trafik sesak di Plaza Tol Taman Rimba Templer

Image
Trafik sesak di Plaza Tol Taman Rimba Templer Selanjutnya di: https://pakdin.my/157223 - Sebahagian siling dan sistem di Plaza Tol Taman Rimba Templer dari arah Kuala Selangor ke Selayang/Rawang mengalami gangguan berikutan hujan dan angin kencang pada Rabu. Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dalam kenyataannya memaklumkan, aliran trafik ketika ini sesak berikutan kejadian terbabit. "Sila patuhi arahan pegawai trafik di lokasi dan kesulitan amatlah dikesali," kata kenyataan itu di Facebook LATAR pada Rabu. Sementara itu, pada ruangan komen, LATAR memberitahu, empat lorong laluan tol kini sudah kembali pulih. "Pihak LATAR sedang menjalankan kerja pembersihan. Kesabaran dan keprihatinan anda amatlah dihargai," kata kenyataan itu.