Posts

Showing posts with the label Harimau Malaya

Piala Asia: Harimau Malaya 0 Jordan 4 - ‘mimpi ngeri’ di Qatar

Image
Piala Asia: Harimau Malaya 0 Jordan 4 - ‘mimpi ngeri’ di Qatar https://pakdin.my/175020/ Skuad Harimau Malaya memulakan kempen Piala Asia 2023 dengan hambar apabila tewas 0-4 kepada jaguh Asia Barat, Jordan pada aksi pertama Kumpulan E sebentar tadi. Pada perlawanan di Stadium Al Janoub itu, pasukan kebangsaan kendalian Kim Pan-gon membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Darren Lok dan Romel Morales. Namun, Malaysia yang menguasai permainan pada awal saingan gagal mengekang serangan balas pantas yang dilakukan oleh pasukan lawan dikedudukan ranking ke-87 dunia itu. Jordan meraih gol pertama hasil ledakan cantik bekas penyerang import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al Mardi pada minit ke-12. Pasukan lawan terus mengasak dan berjaya meledak gol kedua menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh penyerang yang berpangkalan di Ligue 1, Mousa Al Tamari berselang lima minit kemudian. Nasib Malasyia bertambah parah a

Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan

Image
  Harimau Malaya bangkit ‘terkam’ Kyrgyzstan https://pakdin.my/173667/ Harimau Malaya sekali lagi mempamerkan kematangan apabila kekal bersikap positif dan tidak putus asa untuk memastikan kemenangan mutlak 4-3 ke atas Kyrgyzstan pada aksi pertama Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Walaupun terpaksa mengharungi tempoh kira-kira 30 minit penuh tekanan ketika ketinggalan 3-1, anak buat Kim Pan-gon terus melawan hingga memperoleh tambahan tiga lagi gol di babak kedua. Hujan renyai kira-kira 15 minit sebelum sepak mula seakan beri petanda ngauman Harimau Malaya yang dilihat cukup garang sejurus wisel permulaan dibunyikan pengadil perlawanan, Ammar Ebrahim Hasan Mahfoodh. Segalanya sempurna buat skuad negara yang hanya memerlukan enam minit untuk menghasilkan gol pertama menerusi Dion Cools sekaligus menjadikan peratusan permainan lebih condong kepada Harimau Malaya. Walaupun terus menyajikan aksi berkualiti dan dihidangkan

[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya

Image
[VIDEO] Malaysia benam Hong Kong 2-0, tutup siri aksi persahabatan dengan bergaya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162987 ISKANDAR PUTERI  -- Malaysia menutup jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini dengan bergaya, selepas menewaskan Hong Kong 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini. Ia kemenangan kedua skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon, dalam jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 20-28 Mac selepas mengatasi Turkmenistan 1-0 di venue sama, Khamis lepas. Pan Gon membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama malam ini, apabila menurunkan Shahrul Mohd Saad serta Quentin Cheng di benteng pertahanan, sementara mempertaruhkan Nooa Laine dan Muhamad Nor Azam Abdul Azih di bahagian tengah. Pada aksi dihadiri 4,593 penonton itu, pasukan negara bermula perlahan dan bergelut mencari rentak permainan hampir dibolosi seawal minit keempat, selepas tandukan pemain pertahanan Hong Kong

Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong - Darren

Image
Kami perlu lebih pantas dalam aksi menentang Hong Kong - Darren BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162838 Pemain Harimau Malaya bersedia untuk melakukan corak permainan lebih pantas seperti yang dimahukan ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon apabila Malaysia bertemu Hong Kong pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor, Selasa depan. Penyerang pasukan kebangsaan kelahiran England Darren Lok berkata semua pemain jelas tentang pendekatan taktikal yang Pan Gon mahu cuba laksanakan sejak jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu mengambil alih pasukan berkenaan awal tahun lepas. “Jurulatih (Pan Gon) berada di sini selama setahun, kami amat mengetahui jenis bola sepak yang beliau inginkan dan sejak beliau datang ke kem latihan pertama, beliau jelaskan bahawa inilah (pantas) jenis bola sepak yang beliau mahukan (kami bermain). “Sebagai pemain kami harus memahaminya sekarang, jadi kami perlu pastikan lebih pantas ketika men

Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah

Image
Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159544 JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan polis di sekitar bandar raya ini semalam. Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine. Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya. Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka merupakan anak kepada bekar pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan ta

Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak

Image
Harimau Malaya tewas kepada Bahrain, beraksi di padang becak Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159337    Laluan sukar untuk Harimau Malaya ke Piala Asia. Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain. Beraksi dalam keadaan padang yang becak sepatutnya memberikan kelebihan kepada Malaysia Malaysia memilih laluan sukar untuk ke Piala Asia 2023 selepas tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi kedua Kumpulan E saingan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi. Kekalahan di tangan pasukan ranking ke-89 dunia itu menyaksikan skuad Harimau Malaya terpaksa melepaskan status juara Kumpulan E ke tangan Bahrain yang mengutip enam mata maksimum daripada dua perlawanan. Hanya lima naib juara terbaik akan beroleh slot automatik ke saingan Piala Asia tahun depan. Beraksi dalam keadaan padang yang becak jelas memberikan kelebihan kepada Malaysia yang memperaga aksi lebih garang pada babak pertama ketika Bahrain bergelut.