Posts

Showing posts with the label Pelaburan

[VIDEO] Johor penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Jan-April tahun ini

Image
[VIDEO] Johor Penyumbang Terbesar Kepada Jumlah Perdagangan Negara Bagi Tempoh Jan-April Tahun Ini BACA seterusnya: https://pakdin.my/166009 ISKANDAR PUTERI  -- Johor muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 bilion bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara. “Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu 30 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia,” katanya. Tengku Zafrul berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, hari ini. Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM842.795 bilion bagi tempoh Januari sehingga Apri

#PRNJohor : Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan kata Najib

Image
#PRNJohor : Rakyat memilih Kestabilan Masa Depan kata Najib Selanjutnya di:  https://pakdin.my/156907 - Luar biasa. Luar biasa sekali. Bukan sekadar isyarat.  Bukan sekadar mesej. Ini suara rakyat yang jelas dan lantang. Ini referendum rakyat. Ini pilihan rakyat. Rakyat mahu Kestabilan Masa Depan. Rakyat mahu kemakmuran dan pembangunan. Tidak ada kerajaan yang boleh meneruskan pentadbirannya tanpa majoriti yang jelas. Di Johor, ketidakstabilan timbul selepas pemergian arwah Datuk Osman Sapian yang menyebabkan kerajaan Johor menghadapi situasi tergantung di DUN. Johor perlu mengakhiri kemelut politik dan perlu sebuah kerajaan yang kukuh dengan majoriti jelas. Dan jelas bagi BN, dengan hanya satu caranya - kita kembali kepada peti undi, kita kembali kepada rakyat. Inilah prinsip dan sistem demokrasi. Sepanjang 2 minggu ini, Barisan Nasional berkempen dengan 2 mesej sahaja kepada pengundi dan rakyat Johor. Pertamanya, pilih kestabilan. Undilah calon, undilah parti yang diyakini akan dapa

TMJ Dedahkan Pelaburan Johor Menjunam Lepas 2018

Image
TMJ Dedahkan Pelaburan Johor Menjunam Lepas 2018 [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154810 ] Tunku Mahkota Johor berharap ekonomi negeri itu akan bertambah baik dan secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk rakyat. Ini amat penting bagi memastikan rakyat boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi. Menurut beliau, Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi antara tahun 2016, 2017 dan 2018. Tetapi selepas 2018, jumlah pelaburan di Johor mula menjunam, kata Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Graf pelaburan sektor pembuatan di Negeri Johor yang dikongsikan beliau dalam hantaran di Facebook itu menyaksikan penurunan pada tahun 2019 dan paling ketara pada tahun 2020. Pada tahun 2016, 2017 dan 2018, negeri Johor berada pada kedudukan pertama dalam pelaburan yang berjumlah RM26.41 bilion, RM21.93 bilion dan RM30.51 bilion. Kedudukan itu jatuh kepada tempat keempat pada tahun 2019 dengan jumlah pelaburan