Posts

Showing posts with the label Chow Kit

[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat

Image
[VIDEO] Penjual tdak berlesen rugi, bunga api, mercun musnah terbakar - polis akan siasat  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163582 Sebuah gerai yang menjual bunga api dan mercun terbakar sekali gus menyebabkan barangan dijual musnah dalam kejadian didakwa di Chow Kit, Kuala Lumpur. Insiden tersebut tular menerusi video di media sosial memperlihatkan mercun-mercun yang dijual meletup serta mengundang kebimbangan orang awam di situ. Menerusi video tersebut, gerai berpayung menjual bunga api dan mercun itu berdekatan dengan gerai menjual pakaian serta pasar raya. Kelihatan orang ramai melarikan diri daripada terkena percikan mercun selain terdapat seorang individu bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api. Bagaimanapun, tidak diketahui punca, masa kejadian tersebut serta kerugian dialami penjual bunga api dan mercun itu memandangkan tiada maklumat lanjut berkenaan kebakaran. Sementara itu pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian sebuah gerai yang menjual