Proton rekod prestasi terbaik sejak 2012


Proton rekod prestasi terbaik sejak 2012

https://pakdin.my/174789/

Pengeluar kereta nasional, Proton menutup tahun 2023 dengan jualan berjumlah 154,611 unit (domestik dan eksport), prestasi terbaiknya sejak tahun 2012.

Pegangan pasaran keseluruhan syarikat dijangka sebanyak 19.4 peratus dengan anggaran jumlah volum industri (TIV) 794,948 unit, kira-kira 10.3 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Proton berada di tangga kedua dalam jualan keseluruhan, kedudukan yang telah dikekalkannya untuk tahun kelima berturut-turut.

Ketika pelancaran barisan tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton (X50, X70 dan X90) telah menambah lebih 200,000 unit kepada jumlah jualan sejak Disember 2018, faktor utama yang memacu jualan pada 2023 ialah peningkatan semula permintaan untuk model PIES (Persona, Iriz, Exora dan Saga).

Proton Saga menjadi model terlaris syarikat dengan 70,184 unit, prestasi terbaiknya sejak 2012 untuk berada pada kedududukan model kenderaan keempat terlaris di Malaysia tahun lalu.

Pertumbuhan volum luar biasa pada 25.6 peratus pada 2023 disokong terutamanya oleh pembeli kereta kali pertama yang mahukan kenderaan yang selamat, boleh dipercayai dan menyeronokkan untuk dipandu.

Sementara itu, Proton Persona menunjukkan lonjakan jualan terbesar sebanyak 48.9 peratus kepada 24,362 unit, manakala Proton Iriz yang turut terjejas oleh isu cip pada 2022 mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 33.8 peratus kepada 7,639 unit.

Bagi Proton S70, penghantaran pelanggan akan bermula pada tahun 2024 dan sehingga kini, lebih 5,000 tempahan telah diterima.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong berkata, kejayaan tersebut adalah bukti komitmen syarikat untuk menyampaikan lebih daripada sekadar kenderaan mampu milik dengan penekanan kepada reka bentuk yang bergaya, teknologi canggih dan ciri keselamatan dalam semua model Proton.

“Menjelang tahun 2024, kami yakin kami akan mengekalkan momentum ini, disokong oleh pengenalan model baharu S70,” katanya dalam satu kenyataan.


Comments

Popular posts from this blog

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara - Padang Rengas - Bukit Mertajam

Tiga pasangan negara mara ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia

Malaysia Milk tarik balik penjualan produk Marigold HL