Posts

Showing posts with the label Selatan Thailand

Objek menyerupai bom ditemui di 3 lokasi di Krabi selepas ugutan dalam talian

Image
Objek menyerupai bom ditemui di 3 lokasi di Krabi. Kesemuanya telah berjaya dinyahaktifkan. Pemeriksaan mendapati ia adalah bom buatan sendiri. Berikutan kejadian yang menggemparkan bandar Krabi, pihak berkuasa pada mulanya menerima laporan mengenai objek menyerupai bom di kawasan Arca Kayu Mahat, Jalan Uttakit, Pak Nam, Bandar Krabi. Pasukan Pemusnah Bahan Letupan (EOD) dihubungi untuk siasatan dan berjaya melakukan operasi nyahaktif. Pemeriksaan awal mendapati ia bom buatan sendiri. Selepas itu, pihak berkuasa menerima laporan orang awam mengenai sebuah motosikal (Honda Wave) biru (kenderaan mencurigakan) yang diletak di bangunan dapur Masjid Besar Krabi, Jalan Phetkasem, Moo 2, Sai Thai, Bandar Krabi. Kawasan itu dikawal untuk siasatan. Pasukan EOD memeriksa dan hanya menemui motosikal tersebut tanpa sebarang objek letupan. Polis Daerah Bandar Krabi membawa motosikal itu ke balai untuk siasatan lanjut. Menurut kenyataan pegawai, motosikal tersebut telah diletak oleh seseorang pada 2...

Serangan bom di Wilayah Pattani melibatkan kenderaan anggota tentera, 3 cedera, 1 maut

Image
Pada jam 09:30 pagi tadi (2 Jun 2025), satu serangan bom terhadap anggota Ranger berlaku di Kampung Naprao, Mukim 2, Tembuk Panare, Daerah Panare, Wilayah Pattani melibatkan kenderaan anggota tentera dari Kompeni Ranger 4214, dengan 3 anggota cedera dan 1 maut. Pasukan mendapati sebuah kenderaan pikap milik anggota terbalik di dalam belukar tepi jalan, mengalami kerosakan teruk. 4 anggota cedera dan segera dibawa ke Hospital Panare. Mangsa dikenal pasti sebagai: Leftenan Muda Apichat Phaphan (39 tahun) - Cedera parah dan disahkan meninggal dunia kemudian. Sarjan Mejar Sulkiplee Maiding (45 tahun) - Cedera parah. Anggota Sukarelawan Ranger Pider Yusoh (33 tahun) - Cedera. Anggota Sukarelawan Ranger Masufi Wateh (28 tahun) - Cedera. Seorang lagi oorang awam, Encik Masofi Pohoh, yang memandu melintasi kawasan kejadian turut cedera ringan (sesak nafas) akibat letupan tersebut Pemeriksaan di lokasi menemui lubang letupan bersaiz besar di atas jalan dan serpihan bom berselerak. Kenderaan ang...

Pengganas menyerang pos kawalan di Narathiwat, seorang anggota terkorban

Image
NARATHIWAT: Pada jam 8.10 malam hari ini (1 Jun 2024), sekumpulan pengganas tidak dikenali bilangan telah meletupkan sebbuah kereta dan melepaskan tembakan menggunakan senjata berat jenis tidak diketahui ke arah pos kawalan di hadapan markas operasi Kompeni Force 4614 di Kampung Pondok, Mukim 6, Taman Suwari, Daerah Rusoh, Narathiwat. Pos kawalan tersebut sedang beroperasi ketika kejadian. Menurut siasatan awal, pegawai keselamatan berbalas tembakan dengan pengganas. Seorang pegawai mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Rusoh, namun kemudian disahkan meninggal dunia. Beliau dikenali sebagai ASP (Pegawai Keselamatan) Maitree Boodda. Pihak berkuasa kini telah menubuhkan sekatan jalan, pos pemeriksaan, dan titik kawalan di laluan yang disyaki digunakan pengganas untuk melarikan diri. Orang ramai diminta membantu sebagai mata dan telinga dengan segera melaporkan sebarang objek, benda atau individu mencurigakan kepada pihak berkuasa melalui talian panas 1341 atau 191 (24 jam...

[VIDEO] Serangan ketika acara sukan anti-dadah di Narathiwat, empat cedera ditembak

Image
Di daerah Tak Bai, Narathiwat, empat orang termasuk dua guru dan dua sukarelawan pertahanan mengalami kecederaan semasa acara sukan anti-dadah petang semalam akibat tembakan penyerang tidak dikenali. Kejadian tembakan berlaku pada pukul 2.20 petang, semalam 28 Mei, di ibu pejabat mukim Kohsathon, tempat acara dianjurkan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan kempen menentang penyalahgunaan dadah. Antara yang cedera ialah sukarelawan pertahanan Mussalim Dosa, 37 tahun, ditembak di lengan kanan, dan sukarelawan pertahanan Hamdanuddeen Salae, 34 tahun, mengalami cedera tembakan di telinga kanan. Dua guru yang tercedera ialah Sainuddin Jehbueraheng, 34 tahun, dari Sekolah Furqan, ditembak di tangan kanan, dan Muhammad Sukreeha, 37 tahun, dari Sekolah Ban Kohsathon, mengalami kecederaan parah di dada. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Tak Bai untuk rawatan. Menurut saksi, sekurang-kurangnya enam lelaki bersenjata berkopiah hitam tiba menaiki tiga motosikal, melepaskan tembakan ke arah tem...

Serangan Balai Polis Chanae, Narathiwat: seorang anggota polis terbunuh, seorang cedera parah

Image
Pada 28 Mei 2024, kira-kira jam 08.39 pagi, sekumpulan penjenayah tidak dikenali bilangannya menyerang Balai Polis Daerah Chanae di Kampung 3, Tambon Janae, Daerah Janae, Wilayah Narathiwat, Selatan Thailannd menggunakan senjata api dipercaya M16 dan AK. Serangan berlaku semasa perhimpunan pagi. Dipercayai dimulakan dengan tembakan senapang sniper, mengenai seorang polis di bilik kawalan di tingkat tiga mengakbatkan anggota polis tersebbut meninggal dunia. Penjenayah juga melepaskan tembakan ke arah pondok pengawal di pintu masuk Balai Polis daerah Chanae sebanyak 20-30 das. Anggota tentera (Askar Wataniah), Pasukan Sukarelawan Pertahanan Awam (Or Ror Bor), dan polis dari Balai Polis Chanae bertindak balas dengan tembakan balas selama 15 minit, menyebabkan penjenayah berundur dan melarikan diri. Menurut maklumat awal: Sarjan Abduloh Makaseng (30 tahun), Ketua Pasukan Pencegah Jenayah Balai Polis Chanae, terbunuh akibat tembakan di kepala dan dada kanan. Sarjan Mejar Jesada Promrat (33 ...

Lelaki Malaysia ditemui mati di hotel pusat bandar Betong

Image
Pada 26 Mei 2025, Leftenan Polis Jakarin Laksana, Pegawai Penyiasat dari Balai Polis Betong, menerima laporan tentang kematian di sebuah hotel di pusat bandar Betong, daerah Betong , wilayah Yala , Selatan Thailand. Beliau segera memaklumkan kepada pegawai atasan dan bergegas ke tempat kejadian bersama Leftenan Kolonel Polis Rusman Deenamo, Timbalan Penguasa Penyiasatan, Leftenan Kolonel Polis Phongsak Khunbanthoeng, Timbalan Penguasa Risikan, pegawai polis dari unit penyiasatan dan risikan, seorang doktor, seorang jururawat, serta sukarelawan dari Yayasan Penyelamat Sawang Betong Tham Sathan. Di lokasi kejadian, kakitangan pembersihan hotel dan rakan-rakan si mati sedang menunggu pihak berkuasa di dalam bilik. Mayat seorang lelaki Malaysia berusia 67 tahun, ditemui terbaring meniarap di lantai, memakai baju merah dan seluar dalam boxer. Pihak berkuasa mengambil gambar terperinci dan mengumpul bukti dari bilik tersebut sebelum menghantar mayat ke Hospital Betong untuk bedah siasat yang...

Bunuh bekas kekasih selepas didakwa gagal merogol

Image
 Seorang lelaki dilaporkan memujuk bekas kekasihnya ke sebuah empangan di wilayah Phatthalung, di mana dia didakwa cuba merogolnya sebelum membunuhnya dengan kejam. Sutima, 42 tahun, rakan karib mangsa, menemui Malee, 52 tahun, dalam keadaan cedera parah di tebing Empangan Khao Hua Chang pada 20 Mei. Malee mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, dengan seluarnya dilucutkan hingga ke paras buku lali. Kakitangan Hospital Tamot segera membawanya untuk rawatan, namun malangnya dia meninggal dunia akibat kecederaan tersebut. Sutima kemudian membuat laporan di Balai Polis Tamot dan menamakan bekas kekasih Malee, Mudtafa, 59 tahun, sebagai suspek utama. Menurutnya, Malee meminta Sutima menemaninya berjumpa Mudtafa bagi menyelesaikan pertikaian pemilikan kereta selepas perpisahan mereka. Mudtafa menjemput kedua-dua wanita itu dengan keretanya dan membawa mereka ke rumah saudaranya berhampiran empangan. Ketika Sutima makan bersama saudara Mudtafa, lelaki itu membawa Malee ke tebing e...

Lelaki maut ketika cubaan melempar bom ke rumah bekas teman wanita

Image
Seorang lelaki Thai maut dalam letupan selepas cuba mengebom rumah bekas teman wanitanya di wilayah selatan Surat Thani pada 25 Mei 2025. Letupan itu berlaku di sebuah kediaman di daerah Tha Chana, Surat Thani, Selatan Thailand sekitar jam 8 pagi. Lelaki berusia 34 tahun, Surapong Thongnark, disahkan maut di tempat kejadian, manakala tiga yang lain mengalami kecederaan ringan. Ketiga-tiga mangsa yang cedera dikenal pasti sebagai La-or Rodkird berusia 73 tahun, Samart Janyang berusia 68 tahun, dan Sayan Rodkird berusia 40 tahun. Mereka dilaporkan adalah saudara-mara bekas teman wanita Surapong, Kan-onraphat. Surapong telah memulakan hubungan dengan Kan-onraphat dua bulan sebelumnya, tetapi dia kemudian memutuskan untuk menamatkan hubungan tersebut. Tidak dapat menerima keputusannya, Surapong pergi ke rumahnya pada hari kejadian untuk cuba berdamai. Apabila Kan-onraphat menolak, Surapong menyerangnya secara fizikal. Menurut pegawai dari Balai Polis Tha Chana, saudara-mara Kan-onraphat ...

Renjer tentera sukarelawan cedera terkena bom di Pattani, Thailand

Image
Pada jam 12.50 tengah hari (13 Mei 2025), satu letupan berlaku di sekitar tiang elektrik di Jalan No. 42, kawasan Kampung Rao, Mukim 4, Taman Kra Wa, Daerah Mayo, Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Kejadian ini menyebabkan kenderaan pengangkut Unit Operasi Khas Rejimen Renjer ke-44 mengalami kerosakan, dengan dua anggota tentera cedera. Laporan menyatakan, seorang awam turut terkena serpihan bom secara tidak sengaja. Mangsa bernama Encik Furkon (21 tahun), penduduk Mukim 1, Taman Toh Lang, Daerah Yaring, Wilayah Pattani . Beliau mengalami luka di bahagian atas lutut kiri dan tulang patah di belakang tangan kanan. Mangsa telah dipindahkan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut. Ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Taman Toh Lang ke Palas dengan menunggang motosikal. Pengerusi Majlis Perbandaran Don telah membantu dan menghantarnya ke Hospital Panare sebelum dipindahkan ke Hospital Pattani. Terperinci: Masa/Lokasi:  12.50 tengah hari, 13 Mei 2023; Jalan No.42, Kampu...

Laluan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-CIQ Sadao siap lebih awal

Image
Pembinaan laluan baharu menghubungkan Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini, dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand, dijangka dapat disiapkan lebih awal. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata projek pembinaan jalan berkenaan adalah milik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dilaksanakan Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya (JKR). Katanya, projek bernilai RM141.6 juta itu kini mencapai tahap kemajuan 47 peratus siap dengan ia dijangka dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan iaitu pada September depan. "Skop utama projek ini adalah merangkumi pembinaan jalan berkembar enam lorong dua hala baharu sepanjang 900 meter di sempadan Malaysia-Thailand. "Kerja pembinaan turut membabitkan pembinaan Jalan Perkhidmatan piawaian sepanjang 300 meter ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Kayu Hitam. "Turut dilakukan kerja merobohkan bangunan dan fasiliti lama bagi menggantikan dengan bangunan...

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Image
 Pada 22 April 2024 sekitar pukul 06:30 pagi, satu insiden menggemparkan berlaku di Daerah Saba Yoi, Songkhla, apabila sekumpulan penjenayah tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kereta pikap Isuzu 4 pintu milik Sarjan Polis Wanat Chumapan, anggota Balai Polis Daerah Saba Yoi. Ketika kejadian, beliau sedang dalam perjalanan untuk menjemput 6 sami dan samanera (Sami muda) bagi tujuan pemberian sedekah di kawasan perbandaran Saba Yoi. Tembakkan balas oleh Sarjan Wanat menyebabkan kumpulan pemisah berundur. Seranngan tersebut mengakibatka samanera Phongkorn Chumapan (16 tahun), anak lelaki Sarjan Wanat, disahkan maut. Seorang samanera lain, Phoknith Morasilap (12 tahun) dari Tambon Ban Ko, Amphoe Prom Khiri, Nakhon Si Thammarat, mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Saba Yoi. Lokasi kejadian berhampiran Jalan Suan On, Kampung Khlong Rian, kira-kira 500 meter dari Wat Kula. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat untuk menjejaki penjenayah. Sementara itu pada 23 April 2024,...

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Image
 Seorang lelaki berusia 32 tahun dari Narathiwat maut ditembak oleh penjenayah dalam serangan hendap di Jalan 4010, kawasan Kampung Balo, Mukim Balo, Daerah Raman, Yala. Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 11.00 pagi hari ini (22 April 2024). Pasukan Kompeni 4104 Kawasan Pertahanan Wilayah (ทพ.) menerima laporan daripada Pasukan Keselamatan Kampung (ชรบ.) di kawasan tersebut tentang penemuan mayat lelaki tidak dikenali yang ditembak di jalan tersebut. Selepas menerima laporan, pihak berkuasa menyelaraskan operasi dengan Superintendent Adul Ngo, Ketua Balai Polis Raman, serta menghantar anggota polis, pasukan ranger, pihak pentadbir tempatan, dan unit penyelamat Ikrawar Raman ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi, pasukan tiga pihak (polisi, tentera, dan pentadbiran) menutup kawasan tersebut untuk keselamatan dan mengawal orang awam yang tidak berkaitan. Pasukan Pengendalian Bahan Letupan (EOD) dan pasukan forensik Yala ke-10 menjalankan pemeriksaan terperinci. Mayat tersebut di...

Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

Image
Hari ini 20 April 2568 lebih kurang jam 19.20, berlaku kejadian tembakan secara rambang ke atas penduduk perkampungan Buddha (Ban Chang Thor), Kampung Ghole Tuwor, Mukim 7, Waeng, Narathiwat. Maklumat Kejadian Tarikh & Masa : 20 April 2024, sekitar jam 7.15–7.20 malam. Lokasi : Rumah No. 229/11, Kampung Ghole Tuwor, Mukim 7, Waeng, Narathiwat (kediaman Encik Chang Tor). Butiran Kejadian 1. Cara Serangan: Penjenayah tidak dikenali (bilangan tidak pasti) menggunakan senjata api jenis perang menembak secara rawak ke arah sekumpulan penduduk Buddha Thai yang sedang makan dan berbual di hadapan rumah. Disyaki bertujuan menimbulkan keresahan, mungkin berkaitan dengan kumpulan pengganas di wilayah selatan Thailand. 2. Mangsa Tercedera : 6 orang cedera. 4 dihantar ke Hospital Waeng : Winai Chom-amphai (44 tahun) Thawatchai Thiprat (43 tahun) Pradit Pho-sut (56 tahun) Wirawat Chanthong (40 tahun) 2 dihantar ke Hospital Sungai Kolok: Prakit Kongprasert (39 tahun) An...

Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

Image
Pengebom menunggang motosikal roda tiga yang mengandungi bahan letupan telah meletakkannya di belakang Balai Polis Kok Kian, Wilayah Narathiwat. Laporan awal, beberapa remaja dan penduduk tempatan mengalami kecederaan. Pada pukul 18.49 malam, 20 April 2024, Leftenan Kolonel Virajut Tasee-phan, Ketua Balai Polis Kok Kian di Bandar Narathiwat, mendengar bunyi letupan di kawasan jalan berhampiran pagar flat kediaman polis. Beliau segera mengerahkan anggota untuk menyiasat. Pemeriksaan awal mendapati pagar rosak, dan beberapa bilik polis mengalami kerosakan akibat serpihan bom yang memecahkan tingkap serta merosakkan harta benda di dalamnya. Selain itu, kejadian itu juga mengakibatkan beberapa kanak-kanak dan anak anggota polis berusia antara 3 hingga 13 tahun mengalami luka akibat serpihan bom di pelbagai bahagian badan. Kecederaan mereka tidak kritikal. Anggota polis meminta bantuan ambulans Pihak Berkuasa Tempatan Kok Kian, kenderaan awam, dan kereta polis untuk mengangkut mangsa ke Hos...

Lelaki berusia 60 tahun tmati ditembak di daerah Nong Chik, Pattani

Image
Pada 15 April 2023, sekitar pukul 9:50 malam, Pusat Radio Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nong Chik, Pattani menerima laporan bahawa seorang penjenayah menggunakan senjata api jenis dan saiz tidak diketahui menembak seorang penduduk tempatan sehingga menyebabkan kematian di jalan dalam kampung, berhampiran dewan serbaguna Kampung Tha Kam Cham, Mukim 1, Daerah Nong Chik, Pattani, Thailand. Setelah menerima laporan, ASP Tinn Amphawan, Ketua Unit Siasatan IPD Nong Chik, bersama pegawai polis dan pihak berkuasa tempatan telah melakukan pemeriksaan di lokasi kejadian dan menemui mayat Encik Muli Karim, 60 tahun, seorang penduduk tempatan yang tinggal di Kampung Tha Kam Cham, Mukim 1, Daerah Nong Chik, Pattani (alamat asal: 82 Mukim 1, Tambon Ba-ngoi Sinae, Daerah Yaha, Yala). Menurut butiran lanjut yang diberikan oleh SAC Phatthanachai Palasuwanna, Komander IPD Nong Chik, siasatan terperinci sedang dijalankan untuk menentukan sama ada kejadian ini berkaitan dengan situasi umum atau disebabk...

Penyerang tembak anggota Sukarelawan Keselamatan Pattani, 1 cedera

Image
Seorang penjenayah melepaskan tembakan ke arah anggota Sukarelawan Keselamatan (AS) di Mayo, Pattani menyebabkan seorang cedera di kawasan Kampung Ko Chan, Daerah Mayo, Pattani pada 16 April 2028 sekitar pukul 19:15 malam. Superintendan Polis (SUPT) Thammanun Thet-Asen, Ketua Unit Siasatan Balai Polis Mayo, Pattani menerima laporan dari Pasukan Kawalan Kampung (PKK) mengenai kejadian tembak-menembak yang mengakibatkan seorang cedera di tepi jalan dalam Kampung Ko Chan, Kampung 2, Daerah Mayo, Pattani. Mangsa kemudian dikenal pasti sebagai Makoseh Tahe, 49 tahun, yang menetap di Kampung 8, Mukim Lubok Yirai, Daerah Mayo, Pattani, dan merupakan anggota AS. Penduduk kampung telah membantu membawanya ke Hospital Majo untuk rawatan kecemasan. Sementara itu, Pesuruhjaya Polis (KOM) Tolyap Leng-Ha, Ketua Polis Balai Majo, menyatakan siasatan terperinci sedang dijalankan dan lokasi kejadian bagi mengenal pasti penjenayah terbabit untuk tindakan undang-undang. Butiran Lanjut: Lokasi : Kampung...

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

Image
  Pada 12 April 2023, di sekitar Menara Jam Perbandaran Betong , Daerah Betong, Yala, Kolonel Witthawet Wisesri, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Wilayah Yala (Bahagian Tentera), merasmikan pembukaan Program Pemeliharaan Warisan Tradisi Songkran 2025 "Betong Songkran Festival @ Betong Clock Tower" . Acara ini meraikan keunikan Songkran Selatan dengan tema "Kegembiraan Tanpa Sempadan", anjuran bersama Majlis Perbandaran Betong dan Pejabat Pelancongan & Sukan Wilayah Yala. Festival selama 3 hari (12-14 April) bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, terutama generasi muda, tentang kepentingan Songkran sebagai perayaan Tahun Baru tradisional Thailand. Turut hadir ialah Encik Warakorn Yanuthai, Setiausaha Perbandaran (Pemangku Datuk Bandar Betong), ketua jabatan kerajaan, serta ribuan rakyat dan pelancong. Pada hari pertama, suasana meriah sudah terasa sejak pagi. Jalan sekitar Menara Jam ditutup kepada kenderaan—dari Simpang Empat Sri Betong hingga S...

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Image
Tiga pihak berkuasa telah menahan 64 remaja lelaki dan perempuan yang berkumpul untuk pesta parti dadah di sebuah resort di Narathiwat. Serbuan dibuat pada 9 April 2028, jam 9:30 pagi, di bawah arahan Leftenan Muda Trakoon Thotham, Gabenor Narathiwat, Pegawai Daerah Suai Kolok menyelaraskan pasukan operasi khas pentadbiran daerah, Unit Operasi Khas Ke-6 Suai Kolok, dan polis dari IPD Suai Kolok. Lebih 20 anggota melakukan serbuan ke empat bangunan di resort tersebut di Suai Kolok, Narathiwat. Maklumat awal mendapati sekumpulan besar remaja sedang berpesta dadah. Setelah tiba, pihak berkuasa mendapati remaja tersebut sedang memainkan muzik kuat dan menunjukkan sedang khayal dibawah pengaruh dadah. Pemeriksaan awal menemui 31.3 gram ketamin dan beberapa alat menghisap vape, yang dirampas sebagai bukti. Kesemua 64 suspek dibawa ke IPD Suai Kolok untuk ujian air kencing. Pihak berkuasa akan melanjutkan siasatan ke resort lain di Narathiwat yang mungkin menjadi lokasi aktiviti serupa untuk ...

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Image
 Pada 11 April 2024, sekitar pukul 10:30 pagi, Leftenan Polis Puriwat Methinphonsit, Penolong Pegawai Siasatan Balai Polis Bannang Sata, Yala, menerima laporan daripada Pasukan Keselamatan Kampung (ชรบ.) bahawa sekumpulan penjenayah tidak dikenali telah menembak mati seorang anggota Pasukan Perlindungan Mukim Bajo (ชคต.บาเจาะ) di Kampung Bajo, Mukim 2, Daerah Bannang Sata, Yala . Kolonel Polis Attapon Kunwongmanaso, Ketua Balai Polis Bannang Sata, segera memimpin pasukan polis, tentera, dan pihak berkuasa tempatan ke lokasi kejadian. Di dalam kebun durian di hujung Kampung Bajo, mereka menemui mayat Mejar Mahamarosdi Kajaralaki (49) yang tinggal di 82/4, Mukim 2, Bajo, Bannang Sata, Yala. Mangsa merupakan anggota Pasukan Perlindungan Mukim Bajo (ชคต.บาเจาะ). Mayatnya mengalami kesan tembakan senjata berat berkali-kali di kepala, menyebabkan luka parah dan kawasan berlumuran darah. Pasukan keselamatan turut menemui beberapa tempurung peluru di lokasi untuk siasatan lanjut. Selain i...

Leftenan Polis ditembak, kereta dibakar di ladang getah, Daerah Su-ngai Padi, Narathiwat

Image
NARATHIWAT: Seorang pegawai polis ditembak mati dan keretanya dibakar di di Kampung Polog, Mukim To Deng, Daerah Su-ngai Padi, Narathiwat, wilayah selatan Thailand yang dilanda konflik ini, pada petang Rabu 9 April 2025. Kejadian itu diikuti  letupan bom  berhampiran yang mengakibatkan dua orang cedera ringan. Polis dan anggota tentera yang bertindak balas terhadap laporan dari Kampung Batubuenae Moo 5 di mukim Torteng menemui  kereta terbakar  di kawasan berhutan tepi jalan. Menurut  Leftenan Polis Hilamee Anusartsanabut , Penolong Pegawai Penyiasat Balai Polis Sungai Padi, beliau dimaklumkan oleh  Sukree Yakareeya , ketua Kampung Phong, pada pukul  6:58 petang . Pemilik kereta, yang kemudian dikenal pasti sebagai  Kapten Polis Ammarit Abbamaraka (35) , Penolong Pegawai Siasatan Pejabat Polis Narathiwat, ditemui mati dengan kesan tembakan kira-kira  20 meter  dari kenderaan yang hangus. Mayatnya dihantar ke  Hospital Sungai Padi ...